Tuesday, December 11, 2012

PRU13 - Kit Siang Tak Berani Di Kampar, Kalau Kalah Nak Cari Makan Kat Mana.

DAP Perak menyifatkan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Kampar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai khabar angin.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, perkara itu tidak pernah dibincang dan menegaskan soal calon adalah rahsia parti dan tidak seharusnya dihebahkan sebelum tiba pilihan raya.

"Ini (Kit Siang bertanding Parlimen Kampar) hanya khabar angin. Saya tidak pernah dengar atau bincang tentang  perkara itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin Kit Siang akan beralih arah dari Parlimen Ipoh Timur kepada bertanding di kawasan baru iaitu Parlimen Kampar pada PRU13.

Koo Ham berkata, sama ada parti akan meletakkan calon popular di kerusi yang gagal dimenangi DAP pada pilihan raya lalu atau tidak, ia kekal rahsia parti.

Beliau berkata, itu adalah sebahagian dari strategi DAP untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar selari dengan ketetapan jawatankuasa pusat.

"Kami tunggu Barisan Nasional (BN) umum calon dululah," katanya.

Pada Ahad lalu, Sinar Harian menyiarkan terdapat khabar angin bahawa Kit Siang akan meninggalkan Parlimen Ipoh Timor dan bertanding di Parlimen Kampar pada PRU13 sebagai antara strategi untuk mengukuhkan lagi penguasaan DAP Perak.

Untuk rekod, Parlimen Kampar disandang Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong selepas menang pada PRU12  pada 2008.

Katanya, segala keputusan mengenai calon belum diputuskan lagi dan soal calon DAP menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan Jawatankuasa Pusat.

Menurutnya, rakyat sudah membuat keputusan siapa yang bakal mereka undi pada pilihan raya nanti dan DAP tidak gentar serta bersedia menghadapi apa-apa cabaran dari BN.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment