Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengekalkan populariti dengan memperoleh undi terbanyak iaitu 1,607 dan disusuli anaknya Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung, (1,576) manakala Karpal pula menerima 1,411 undi.
Keputusan diumumkan oleh Yang Dipertua Kongres Kebangsaan DAP, Lim Hock Seng kira-kira jam 8.45 malam tadi setelah urusetia pengiraan undi mengambil masa lebih lima setengah jam untuk mengira undi.
Anak Karpal, Gobind Singh Deo juga terpilih dengan memperoleh 1,197 undi.
Selain itu, dua saudara turut berjaya berada dalam senarai 20 anggota terpilih ialah Nga Kor Ming (1,075) dan Ngeh Koo Ham (824).
Turut menang pemilihan kali ini ialah Boo Cheng Hau (958), Chong Chieng Jen (1,211), Chong Eng (1,006), Chow Kon Yeow (986), Fong Kui Lun (1,137),Teresa Kok (925), Liew Chin Tong (984), Loke Siew Fook (1,202), M Kula (984), Tony Pua Kiam Wee (1,162), Tan Kok Wai (1,199), Teng Chang Khim (1,152), Teo Nie Ching (903) dan Wu Him Ven (1,202).
Antara nama besar yang gagal ialah Jeff Ooi Chuan Aun (460), P Ramasamy (746) dan Tan Seng Giaw (802) masing-masing ahli Parlimen. Ramasamy merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.
DAP yang berusaha menarik lebih ramai anggota dari kalangan Melayu juga menyaksikan tiada calon dari kaum itu berjaya dalam pemilihan hari ini. Seranai enam calon dari kaum Melayu mencuba nasib kali ini.
Barisan jawatankuasa baru seterusnya akan melantik 10 wakil untuk mengisi jawatan selebihnya bagi penggal 2013-2015.
Seramai 63 calon bertanding untuk merebut 20 kedudukan dalam CEC pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini.
Bagaimanapun jumlah calon sebenar yang menawarkan diri bertanding adalah seramai 68, namun lima daripadanya telah menarik diri.
Lima calon berkenaan adalah Choong Siew Onn (Pahang), Er Teck Hwa (Johor), Jaya Balan Valliappan (Perak), Teok Kok Seong (Negeri Sembilan) dan Violet Yong Wui Wui (Sarawak).
Seramai 1,823 perwakilan layak mengundi memilih barisan CEC kali ini.
BERIKUT senarai anggota CEC yang menang pemilihan hari ini:
Lim Kit Siang (1,607)
Lim Guan Eng (1,576)
Karpal Singh (1,411)
Chong Chieng Jen (1,211)
Loke Siew Fook (1,202)
Wu Him Ven (1,202)
Gobind Singh Deo (1,197)
Fong Kui Lun (1,137)
Nga Kor Ming (1,075)
Tan Kok Wai (1,199)
Tony Pua Kiam Wee (1,162)
Teng Chang Khim (1,152)
Chong Eng (1,006)
Boo Cheng Hau (958)
Chow Kon Yeow (986)
Liew Chin Tong (984)
M Kula (984)
Teresa Kok (925)
Teo Nie Ching (903)
Ngeh Koo Ham (824)
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment