Tuesday, December 25, 2012

TAWARAN SEKS DI SELANGOR SECARA TERBUKA. GILA KHALID GAGAP NI.

Sebuah premis yang berselindung di sebalik nama pusat hiburan keluarga tetapi sebenarnya menawarkan khidmat seks diserbu sepasukan anggota daripada Unit Antipemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 10.55 malam itu, seramai 23 wanita warga asing berusia antara 19 hingga 30 tahun dipercayai pelacur ditahan.

Hasil pemeriksaan, kesemua wanita ditahan itu yang terdiri daripada 16 warga Vietnam, Thailand (4) dan China (3), didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelacur di negara ini.

Ketika memecah masuk dua buah bilik khas yang disediakan secara berasingan di premis itu untuk tujuan seks, dua daripada pelacur warga Vietnam sedang ghairah 'melayan' pelanggan masing-masing.

Ketua ATIP Bukit Aman, Deputi Supritendan Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas wanita terbabit turut menemui kondom disimpan di dalam beg tangan mereka.

"Modus operandi yang digunakan adalah dengan pelanggan perlu membayar RM160 untuk setiap wanita yang diminati di kaunter sebelum dibawa ke bilik khas, kira-kira 50 meter dari situ.

"Serbuan dilakukan ekoran aduan orang awam berkenaan kegiatan eksploitasi seks di premis berkenaan," katanya.

Nor Omar memberitahu, turut ditahan dalam operasi tersebut ialah lima pekerja premis iaitu dua lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita tempatan.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk proses dokumentasi," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Manusia 2010.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment