Sunday, January 20, 2013

2500 Peniaga Pasar Siti Khadijah Bakal Undi BN. PM @NajibRazak Santai Minum Kopi Disitu. Nik Aziz Gelabah Biawak.

Lawatan singkat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tinjauan mesranya ke Pasar Siti Khadijah di sini menyuntik semangat kepada kira-kira 2,500 peniaga di situ bagi mereka memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Siti Khadijah, Mohd Rodzi Che Hussein, berkata kehadiran Perdana Menteri secara mengejut ke pasar itu memberi makna yang besar dan mampu mengubah minda rakyat dari segi fahaman politik.

Persatuan itu menaungi dua persatuan peniaga lain di bawahnya iaitu Persatuan Peniaga Runcit, Makanan dan Minuman dan Persatuan Peniaga Ikan yang mempunyai kira-kira 2,500 anggota.

"Ia suatu senario baru ke arah perubahan kerajaan di peringkat negara dan negeri Kelantan.

"Langkah Perdana Menteri bertemu rakyat dan bersarapan secara santai memberi suntikan semangat baru ke arah perubahan kerajaan, khasnya di Kelantan," katanya.

Beliau berkata, semasa makan dan berbual, Perdana Menteri memberi jaminan akan melaksanakan projek membaik pulih dan menaikkan taraf Pasar Siti Khadijah apabila Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum nanti.

Najib mengambil masa kira-kira 45 minit bertemu dengan peniaga di tingkat satu dan dua di pasar itu mulai jam 9.15 pagi tadi sempena lawatan kerja seharinya ke negeri ini.
Turut mengiringinya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
.
Najib kemudiannya bersarapan pagi dengan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol dan telur rebus gulai kampung di samping kuih muih tradisional di gerai Paksu Cafe, di Dataran Pasar Siti Khadijah itu.

Sebelum itu, beliau menyampaikan pemberian wang bantuan awal persekolahan 2013 kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Sri Wakaf Baharu, Tumpat dan seterusnya melancarkan program Jelajah Janji Di Tepati di Tunjong, di sini.

Rata-rata peniaga di situ menyifatkan kehadiran Perdana Menteri untuk bertemu muka secara dekat kali pertama dengan peniaga di pasar itu sebagai suatu sejarah yang penuh bermakna.

Seorang peniaga, Azizah Yusoff, 37, berharap impian peniaga untuk mendapat kemudahan ruang niaga yang selesa di pasar itu akan menjadi kenyataan melalui bantuan Kerajaan Persekutuan.

Peniaga sayur di pasar itu, Marhani Awang, 52, berasal dari Kampung Kubang Kachang, Pendek, di sini, menyifatkan hari ini adalah hari bertuah kerana pertama kali dapat bertemu dari dekat dan bersalaman dengan Perdana Menteri sejak berniaga di sini 15 tahun lepas.

"Kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib ternyata banyak membawa perubahan dan kesan melalui slogan dan konsep yang diwar-warkan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta Janji Ditepati," katanya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment