Difahamkan sebelum ini kafe itu asalnya berkonsepkan terbuka dan beroperasi dengan lesen dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun pemiliknya membuat beberapa pengubahsuaian di bahagian dalamannya menjadi premis tertutup dan lebih ekslusif selepas Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil alih pentadbiran di kawasan berkenaan.
Pengusaha kafe terbabit dikatakan membuat kejutan baru bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kafe berkonsepkan bistro itu apabila menyediakan persembahan mengghairahkan oleh pekerjanya terdiri daripada gadis remaja.
Bagaimanapun, kegiatan pengusaha terbabit tidak berpanjangan apabila pihak berkuasa berjaya menghidu aktiviti tidak bermoral itu.
Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, hasil pemeriksaan pemilik kafe juga didapati gagal mematuhi peraturan dan syarat lesen dengan beroperasi lebih masa sehingga jam 3 pagi dan membuat penyambungan haram di premis itu.
Menurutnya, menerusi serbuan oleh MPHTJ dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) pada 23 Februari lalu sekali gus membongkar kegiatan itu.
"Lebih mengejutkan anggota penguat kuasa mendapati kafe itu 'dibanjiri' penuntut kolej dan universiti tempatan terutama di Ayer Keroh dan Bukit Beruang.
"Selepas beberapa kali notis amaran dikeluarkan kepada pengusaha premis, kita terpaksa menarik balik lesennya pada 18 Mac lalu kerana didapati gagal mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
Beliau berkata, MPHTJ pernah mengeluarkan dua kompaun kepada kafe itu kerana melanggar peraturan dan mereka membayar denda sebanyak RM250 bagi setiap kompaun sebelum menyambung semula perniagaan.
Katanya, anggotanya terpaksa melakukan penyamaran ke premis itu sebelum serbuan dilakukan dan sempat menyaksikan pertunjukan tarian mengghairahkan dipersembahkan sekumpulan penari di satu pentas kecil di premis itu. "Bagaimanapun, mereka tetap berdegil walaupun diberikan notis sekali lagi. Justeru, pada 18 Mac lalu, pegawai penguat kuasa MPHTJ dengan kerjasama bahagian pelesenan serta anggota penguat kuasa Jaim sekali lagi menyerbu kafe berkenaan.
"Dalam serbuan itu, kami menahan dua wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO)," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan dua gadis beragama Islam, masing-masing berusia 18 dan 20-an dari Johor dan Sabah.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment