Thursday, January 3, 2013

BONGKAR - RUPANYA 4000 HEKTAR TANAH ITU MILIK ORANG MELAYU. UNTUNG LA CINA DAP TU.

Nik Aziz penghisap darah orang Melayu?

Nik Abdul Aziz Nik Mat mesti bertanggungjawab terhadap kemelut pemberian tanah seluas lebih 4,000 hektar bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, rakyat Kelantan ingin tahu kedudukan sebenar perkara tersebut dan Nik Abdul Aziz tidak perlu menyembunyikan sebarang maklumat.

"Sebaliknya, jika betul dakwaan tersebut, MTRK mahu Nik Abdul Aziz menggunakan apa sahaja saluran yang ada bagi membatalkannya kerana tanah itu adalah milik rakyat Kelantan untuk diwariskan kepada generasi Melayu Islam masa hadapan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan itu.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment