Wanita misteri itu yang dipercayai rapat dengan Petraeus tampil untuk meminta perlindungan daripada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ekoran kerap diganggu oleh kekasih gelap Petraeus, Paula Broadwell. Susulan aduan tersebut, pihak FBI mengesan sumber ancaman itu kepada Broadwell, 40, yang merupakan lulusan Universiti Harvard dan pernah menulis buku biografi Petraeus.
Menurut sebuah laman berita tempatan, siasatan itu menemui deretan e-mel yang mendedahkan skandal seks antara Broadwell dan Petraeus. Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Satu e-mel tersebut menceritakan tentang hubungan "seks di bawah meja"antara mereka. Identiti wanita kedua yang membuat aduan tersebut dan hubungannya dengan Petraeus masih dirahsiakan tetapi menurut sumber sama, dia bukan dalam kalangan ahli keluarga Petraeus mahupun pegawai kerajaan.
Skandal seks tersebut mencetuskan persoalan berhubung kelemahan dan kecuaian seorang pemerintah tentera berkaliber seperti Petraeus dalam menangani hubungan sulitnya. Pihak FBI menyiasat e-mel peribadi Petraeus kerana mengesyaki ia telah digodam oleh individu tertentu. Petraeus yang berusia 60 tahun sebelum ini memiliki kerjaya cemerlang selepas membantu misi tentera AS mematahkan gerakan militan di Iraq dan Afghanistan.
Namun, beliau kecundang dan memilih untuk meletak jawatan pada Jumaat lalu selepas skandal seksnya terbongkar. Media AS melaporkan Broadwell rapat dengan Petraeus ketika beliau menjadi komander untuk gerakan tentera AS di Afghanistan dan menamatkan i hubungan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai ketua CIA, tahun lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Petraeus dilaporkan memohon maaf berhubung hubungan terlarang itu. Buku biografinya yang bertajuk All In: The Education of General David Petraeus, dianggap oleh rakan-rakannya sebagai naskhah cinta daripada Broadwell kepada ketua tentera itu. Peletakan jawatannya diluluskan oleh Presiden Barack Obama Jumaat pada Khamis lalu lalu selepas beliau menemui pemimpin itu di White House di sini.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," kata Petraeus dalam memo kepada kakitangannya.
Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York. Tempat beliau kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah Mike Morell sementara menunggu pelantikan Pengarah CIA yang baharu. - Agensi
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment