Sebuah pusat hiburan di sini telah menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi 2012 (Sexy Dance Competition 2012) yang menyaksikan gadis-gadis menari dalam keadaan separa bogel di lobi tarian kelab itu.
Kelab tersebut, Voodoo Pub & Bistro, yang dipercayai beroperasi di Upper Penang Road, George Town di sini, menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis tersebut dipilih untuk ke peringkat akhir.
Misalnya, pada pertandingan 'tarian separa bogel' musim ketiga yang lalu, tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang di mana seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.
Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam yang ketat sebelum beraksi ganas di atas pentas, ala-ala 'Thai girl show' di Thailand.
Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang 'hebat'nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari.
Mungkin kerana 'terlalu seksi', Abby yang beraksi dengan hanya mengenakan coli dan seluar ketat berjaring ditepi hanya diberikan tempat ketiga di dalam pertandingan yang berlansung pada 6 Julai tahun ini.
Melalui beberapa siaran di Youtube, pertandingan ini dipercayai mula dianjurkan pusat hiburan itu sejak tahun 2009 dan masih berlangsung dilokasi yang sama bagi musim ketujuh di mana videonya telah dimuat turun di laman tersebut pada 6 Disember lalu oleh individu yang dikenali sebagai GDClovis.
Berikut adalah di antara siaran video yang terbaru pertandingan yang dimaksudkan seperti yang tersiar di laman Youtube:
http://mynewshub.my/2011/12/11/tarian-separa-bogel-panas-di-pulau-pinang/
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment