Haaaa.. Zamannn ohh zamann.. Sekarang nih dah banyak kita tengok pasangan kekasih berkepit sana sini tak kira laa baik yang belasan tahun, berpakai sekolah, yang muda remaja, juga yang dah TUA tu.. ekeke tapi takda laa tua sangat, cuma dah berumur lah kan.. Di khalayak ramai, mereka nih dah menunjukkan pandangan negatif.. Ada tu plak, tak segan berpelukan walaupon ramai orang di sekeliling.. Isk isk..
Itu baru depan mata orang ramai.. Yang tersembunyi plak cmana kan?? Mesti lebih dari tu agaknya.. (memandai je) .. Tapi apa pon, yang sedang hangat bercinta, mesti tau apa itu LOVEBITE atau gigitan cinta.. aduiiiii.. kalau tak tahu tu, lebih baik anda bercinta je jangan kawen2.. ekekek ..
Ini ada satu Berita dari luar negara.. Seorang wanita yang lumpuh akibat dari LOVEBITE yang di'hadiah'kan daripada kekasihnya..
AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.
Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.
Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan – kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment