Tuesday, January 22, 2013

INFO SIHAT - 10 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MASTURBASI @ ONANI @ MELANCAP.

Onani juga diertikan sebagai melancap atau masturbasi..

Onani adalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Arikel ini secara logik dan ilmiah akan membincangkan teknik–teknik untuk mencegah anda dari berterusan ketagih pada perbuatan ini.


Antara kesan–kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:

Cepat marah.
Tidak ada keyakinan diri.
Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
Sentiasa sakit – sakit badan.
Hidup dalam angan – angan.
Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
Lemah dari segi mental dan fizikal.
Dan lain – lain lagi.

Kesan  ketagih akibat melancap ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang lemah dalam masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.

Punca ketagihan Melancap!

Puncanya hanya satu iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks. Namun, ia perlulah di lakukan dalam keadaan yang normal. Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.

Anda perlu kawal dan lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang anda kahwini. Sebab itu di dalam islam itu sendiri, jika anda mempunyai keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks. Jika anda melancap, ia membawa kepada keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comment:

  1. http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/keburukan-melancap-atau-onani.html

    ReplyDelete