Thursday, January 17, 2013

Kantoi! Nasha Aziz Berpelukan Dengan Kekasih.

Semalam, blog hiburan ada melaporkan mengenai ada seorang jejaka ini dilihat berpeluk sakan dengan model terkenal, Nasha Aziz.


Tetapi tidak tahu pula jejaka berkenaan adalah Nur Iman Tang yang didakwa Nasha sudah pun menemui titik noktah.

Hari ini, menerusi Rotikaya, ada melaporkan memang benar lelaki berkenaan adalah Iman Tang atau nama sebenarnya Tang Wing Poh!

Kali terakhir Nasha Aziz membuka mulut tentang hubungannya dengan Nur Iman Tang adalah ketika membawa kekasihnya itu ke kota Mekah untuk mendekatkan diri dengan cara hidup masyarakat Islam.

Dan, ada juga dengar-dengar yang mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas pulang dari kota Mekah pada 2010.

Tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar tentang perancangan mereka itu.

Sementara itu, sebelum ini ada cerita yang kurang enak didengar mengenai Iman Tang.

Dikhabarkan, dia pernah menjalin hubungan dengan seorang gadis Melayu lain selama 8 tahun dan memutuskan hubungan cinta begitu sahaja untuk mengejar cinta Nasha Aziz.

Malah, dia juga dikatakan pernah cuba untuk memikat hati Maya Karin dan Maia Ahmad (ex-Ahmad Dhani) tetapi tidak berjaya.

Lebih mengejutkan, Iman Tang ini juga didakwa mempunyai hutang keliling pinggang. Tetapi itu semua kisah lama, mungkin kini dia tidak lagi sebegitu.

Lagi pun, seawal tahun 2008 lagi cerita mengenai hubungan Iman Tang dan Nasha Aziz sudah menjadi sebutan ramai.

Sekarang ni pun dah tahun 2013, bayangkan berapa lama mereka sudah menjalin hubungan.

Sumber: http://sentiasapanas.blogspot.com/2013/01/kantoi-nasha-aziz-berpelukan-dengan.html?m=1



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment