Sunday, January 27, 2013

KEGIATAN DUDUK,URUT & SEKS SEAWAL PAGI ?!! EXCO AGAMA BERDENGKUR ??

Misteri lif ke tingkat dua dan tiga rosak di sebuah hotel bajet di Sunway Mentari dekat sini membawa kepada penemuan sebuah spa dan bilik didiami lima wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dan tukang urut.

Anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hanya dapat memasuki lokasi berkenaan selepas pengurus spa terbabit datang membuka premisnya selepas dihubungi pengurusan hotel bajet terbabit.

Semua wanita terbabit yang berasal dari Vietnam dan tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri selain cuba berselindung dengan resit bayaran hotel menunjukkan mereka menginap di hotel itu dalam jangka masa lama.

Lebih memeranjatkan, sewaktu disoal siasat ada di antara mereka hanya berpakaian dalam malah turut berani menawarkan khidmat seks kepada pegawai penguatkuasa dengan bayaran serendah RM40 bagi satu sesi.

Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ, Ismathinoon Abdul Rahman berkata, hotel bajet berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah beberapa kali dikompaun sebelum ini .

Menurutnya, dipercayai tingkat dua dan tiga hotel berkenaan dikhaskan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.

"Kali ini MBPJ memberi notis 14 hari untuk hotel menghentikan operasi dan merobohkan struktur haram yang dibina dalam bangunan ini.

"Setakat ini lesen tidak dapat diberikan kerana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak menyokong permohonan lesen kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 79 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan jika pemilik gagal mematuhi notis diberikan, pendakwaan di mahkamah akan dibuat bagi setiap kesalahan dilakukan.

Dalam operasi sama, MBPJ turut memberi notis dan menyita barangan dari sebuah lagi rangkaian hotel sama, juga tidak berlesen di Seksyen 51 A yang mempunyai pusat siber judi di dalamnya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pihak-berkuasa-berjaya-bongkar-pusat-kegiatan-seks-1.56785 


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment