Hah!!! Kan orang dah cakap dah. Bila orang cakap, puak - puak Pencacai Pakatan tu tak nak percaya. Masih jugak diorag nak pertikaikan pasal benda ni.
Inilah masalahnya bila orang cerita perkara sebenar. Puak - puak Pencacai Pakatan tu bukannya nak percaya. Diorang kata semua ni fitnah belaka.
Bila orang kata, ada dikalangan penyokong Parti Angguk Saja tu kecewa dengan parti tu, diorang kata itu semua rekaan belaka. Sekarang, apa cerita?
Nah!!! Bukan setakat penyokong PAS saja yang tak puas hati. Ada lagi orang lain yang tak puas hati jugak. Adakah orang tu pun menipu jugak? Kalau dah dasar 'hati mati' ni, memang payah la nak terima Kebenaran!!!
KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama Pas dituntut menyatakan pendirian berhubung gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sehingga kini, Majlis Syura
Ulama Pas masih berdiam diri sedangkan isu yang dibangkitkan Guan Eng itu menyentuh kepentingan akidah umat Islam.
Sikap berdiam diri itu katanya, menyebabkan ahli Pas di peringkat akar umbi keliru, lebih-lebih lagi apabila timbul percanggahan pendapat di dalam parti mengenai isu tersebut.
''Mahu tidak mahu Majlis Syura Ulama Pas perlu menyatakan pendirian mereka secara rasmi bagi menghapuskan segala kekeliruan dan keraguan ekoran timbulnya pandangan daripada pemimpin kanan antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh penganut agama lain.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment