Sudah terhantuk baru terngadah. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan kes maksiat di kalangan mahasiswi hingga mengandung anak luar nikah hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Penceramah bebas, Zawiyah Hassan berkata, kegiatan zina yang dilakukan berulang kali dengan lelaki berbeza tidak sesuai dikatakan terlanjur, sebaliknya pelaku bersifat sombong kepada Allah dan hanya menyesal apabila menerima balasan di dunia seperti mengandung. "Bergelar mahasiswi bukan tiket menyatakan mereka bijak dalam segala aspek kehidupan.
Tanpa iman dan amal, pasti menjerumuskan anak muda terbabit dalam kegiatan tidak sihat. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berzina seseorang penzina selagi mana dia dalam keadaan beriman." Ini bermaksud iman itu penting dan ia mampu mengawal seseorang daripada melakukan perkara dilarang.
"Gara-gara tipis iman, pelaku sanggup melakukan zina berulang kali, selain menganggap diri terselamat daripada risiko mengandung.
Sedangkan dia tidak mengetahui diri terdedah dengan risiko jangkitan HIV apabila berzina dengan beberapa lelaki berbeza iaitu balasan Allah di dunia, belum lagi di akhirat," katanya.
Katanya, jauh daripada keluarga ataupun menyewa kediaman di luar kawasan institusi pengajian tinggi (IPT) dianggap memberi peluang kepada anak muda untuk belajar berdikari tetapi sayangnya, kesempatan berkenaan disalahgunakan..
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
emang anak" jaman sekarang..,
ReplyDelete-->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--
Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB
http://mulok.library.um.ac.id/