Thursday, January 17, 2013

PANAS - Zakar Jaguh Karate 'Patah' Ketika Berasmara.

Ahli seni mempertahankan diri, sudah lali ditumbuk dan ditendang setiap kali bertarung dengan lawannya.

Sudah lali ditumbuk dan ditendang setiap kali bertarung dengan lawannya.

Namun, kali ini nasibnya tidak baik, bukan di gelanggang lawan, tetapi di atas katil sendiri.

Zakar Ray disahkan patah oleh pakar perubatan baru-baru ini sewaktu dia sedang melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya pada 3 Disember lalu.

Untuk rekod, warga Amerika yang berusia 30 tahun itu kini sedang mengajar seni jiu-jitsu Brazil di sebuah studio dekat Ara Damansara, di sini.

Ray turut menceritakan pengalamannya di laman YouTube.


"Saya terus berhenti apabila melihat darah mula keluar dari bahagian pangkal paha. Saya cuba untuk berlari ke tandas dan saya dapat rasakan yang saya akan pengsan," kata Ray, yang juga dikenali dengan gelaran "Magical Ray", dalam video di YouTube tersebut.

Dalam kejadian tersebut, Ray menerima 10 jahitan di bahagian dagu dan beberapa giginya patah akibat daripada impak apabila dia jatuh pengsan.

Ray turut mendakwa dia tidak dapat membuang air kecil dengan betul untuk beberapa minggu.

Insiden malang itu turut menjejaskan poket Ray kerana kos perubatannya telah mencecah RM17,000.

Ray berharap agar dia dapat mengumpul semula sedikit wang dengan menceritakan kisahnya di internet.

Selepas membuat sedikit kajian terhadap kes-kes yang sama seperti yang dialaminya, Ray sedar bahawa dia amat bertuah kerana mendapat rawatan lebih awal.

Ray juga berkata bahawa pihak doktor menyatakan bahawa dia akan pulih seperti biasa kerana kecederaan tersebut tidak melibatkan sebarang arteri utama.

Menurut professor klinikal dalam bidang urologi, Prof Dr George Lee, dari Monash University Sunway Association, kecederaan yang dialami Ray bukanlah sesuatu yang aneh, kerana dia pernah merawat tiga kes yang sama sepanjang lima tahun bekerja di Malaysia.

Prof Dr George berkata, kecederaan tersebut berlaku akibat daripada tisu yang pecah yang kemudiannya mengumpulkan darah kepada organ ketika ereksi.

"Pesakit akan mendengar bunyi retak apabila kecederaan tersebut berlaku. Ini adalah kes kecemasan dan pihak kami hanya mempunyai enam hingga sepuluh jam untuk memulihkan semula organ tersebut," kata Prof Dr George Lee.

Dr. Lee menasihatkan semua lelaki agar tidak melakukan seks yang lasak agar mereka tidak terdedah kepada risiko seperti itu.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

3 comments:

  1. zakar mana ada tulang ... hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...,, :D



    -->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--

    Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
    mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB

    http://mulok.library.um.ac.id/

    ReplyDelete
  3. You may very well be searching for an approach to shield yourself in case of an assault or you may have something different as a main priority, for instance, wellness or character advancement.
    taekwondo school in lees summit mo

    ReplyDelete