Menurutnya, Kerajaan PAS Negeri Kedah mengambil berat mengenai peningkatan luar biasa rumah-rumah urut di seluruh pelosok negeri dan menyatakan bahawa ramai yang tidak sedar tentang betapa serius pihaknya membanteras pusat-pusat urut tersebut.
Seterusnya, Azizan berkata bahawa dia bukanlah "Ketua Agama" dan meminta para wartawan pergi menyiasat sendiri dakwaan yang mengatakan bahawa rumah-rumah urut tumbah bak cendawan selepas hujan di Kedah.
"Dia (NGO) yang cakap, you wartawan pi periksa tengok lah… Saya bukan ketua agama. Dekat mana pusat hiburan tu bertambah?," kata Azizan.
Azizan memberikan reaksi begitu apabila diminta mengulas mengenai demonstrasi oleh enam NGO di depan Wisma Darulaman yang memprotes tentang 300 buah premis rumah urut yang "tumbuh melata" dan begitu "meriah" di seluruh negeri "Kedah Sejahtera", baru-baru ini.
"Jika tiada angin, takkanlah pepohon akan bergoyang", begitulah peribahasa halus yang sewajarnya diberi perhatian oleh Menteri Besar "Sejahtera" apabila rakyat datang menegur tentang kealpaannya mengawal unsur maksiat di negeri pimpinannya.
Sekiranya NGO-NGO itu tidak mempunyai bukti kukuh mengenai jumlah 300 rumah urut yang beroperasi di Kedah, takkanlah mereka sanggup berhimpun dan memprotes kealpaan Azizan sebagai Menteri Besar yang berkuasa penuh?
Sekurang-kurangnya, jika Azizan benar-benar serius mengambil berat mengenai rumah-rumah urut tersebut, seharusnya dia menerima protes tersebut dengan terbuka dan menyiasat tentang kebenaran dakwaan NGO-NGO tersebut.
Tapi sebaliknya, NGO-NGO itu yang berniat mahu membantu Azizan membanteras unsur maksiat itu di Kedah telah disindir dan diperlekehkan oleh Pesuruhjaya PAS tersebut.
Tidak ingatkah Azizan mengenai seorang sahabat yang mengangkat pedangnya mengingatkan khalifah ar-rasyidin RA bahawa "pedang itu akan menegurnya jika beliau melakukan sesuatu yang bercanggah dari hukum Islam".
Apakah Azizan enggan mencontohi sifat zuhud Khalifah Ar-Rasyidin tersebut yang menerima baik ingatan dari sahabat yang mengingatkannya untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar selari dengan kehendak Islam?
Lebih peliknya, Azizan sendiri memberi alasan bahawa dia bukanlah "Ketua Agama".
Apakah dia sengaja mahu menyindir DYMM Sultan Kedah dan Pemangku DYMM Sultan Kedah yang merupakan "Ketua Agama" di Kedah?
Azizan mahu lepas tangan dan menyerahkan segala masalah itu kepada DYMM Sultan Kedah? Begitu?
Lebih pelik lagi apabila Azizan menyuruh wartawan yang menyiasat sendiri dakwaan NGO-NGO tersebut, seolah-olah para wartawan itu pula yang merupakan "Ketua Agama" di Kedah!
Persoalannya, apakah seseorang itu perlu menjadi "Ketua Agama" di negeri itu terlebih dahulu maka barulah dia layak menyiasat kebenaran dakwaan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya?
Jelaslah Azizan sebenarnya tidak pun mengambil berat soal rumah urut yang makin berserakan di negeri Jelapang Padi ini, dan dia cuma berlakon seolah-olah mengambil berat tentang isu yang merosakkan moral umat Islam itu.
Jika inilah sikap dan akhlak Azizan Razak, maka tidak hairanlah apabila Phahrolrazi, Dr. Ismail dan para penyokong PAS sudah muak dengan cara Azizan mentadbir Kedah. Boleh lingkup rakyat negeri ini dikerjakan ADUN Sungai Limau ini…
Sumber: http://kedahan69ers.com/300-rumah-urut-di-kedah-azizan-buta-atau-rakyat-yang-menipu/
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment