Tuesday, January 1, 2013

PRU13 CALON PAS LARUT - Selepas Bakal Calon Cabut Angkara Baiah Talak 3, Kini Calon Tempelan Muncul.

PKR Cabang Larut akan menampilkan seorang calon yang mempunyai latar belakang pendidikan agama bagi Dun Batu Kurau untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Timbalan Ketuanya, Adli Kamarun berkata, kali ini PKR bakal meletakkan calon mereka iaitu Mohammad Fadzil Ellias disebabkan beberapa kriteria yang dimilikinya.

Menurutnya, sebelum ini Pas meletakkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari sebagai calon mereka pada PRU13, jadi pemilihan Mohammad Fadzil disebabkan beliau adalah anak tempatan yang boleh bekerja untuk rakyat.

"Tambahan pula, beliau memiliki latar belakang agama yang tinggi dan merupakan seorang lulusan dari Abu Bakar Islamic University, Pakistan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, Mohammad Fadzil berasal dari Kampung Anak Kurau dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Agama di Pulau Pinang.

"Kita telah memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi di Dun Batu Kurau dalam beberapa program bersama masyarakat di situ sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Larut, Shaiful Lizam Yusof, berkata, pemilihan calon itu memberikan keyakinan di Dun Batu Kurau.

"Kita yakin kerusi itu bakal dimenangi PKR berdasarkan 'mood' pengundi khususnya golongan muda yang semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan Umno tidak lagi berada pada zon selesa," katanya.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comment:

  1. pakatan punya calon semua kaki putar alam... mulut manis... tabur janji palsu...

    blog TC telah dipaut di
    http://suaralensa.blogspot.com/

    Salam perjuangan !

    ReplyDelete