Friday, January 18, 2013

RAWATAN KETAGIH VIDEO BLUE DENGAN CARA MENUNGGANG KUDA. Aik Lain Macam Je Ni. Hehehe

Ibu bapa seorang gadis remaja yang baru berusia 14 tahun amat risau dengan ketagihan anak mereka melayari Internet untuk pornografi. Tetapi sekarang, terima kasih kepada program terapi menunggang kuda kerana terbukti anak perempuan mereka kini sudah 'sembuh' dan kembali dapat mengawal hidupnya.

Ibu bapa Kim mencuba kaedah seni, terapi muzik dan leteran berterusan untuk membendung ketagihan anak perempuan mereka namun gagal. Pihak sekolah mencadangkan Riding Healing Center, sebuah organisasi terapi yang menggunakan aktiviti menunggang kuda untuk mengubati gangguan emosi dan tingkah laku, yang dipercayai adalah penyebab ketagihan Internet.

"Saya mengambil berat tentang kuda dan berfikir tentang bagaimana saya boleh menunggang mereka dengan lebih baik sehingga membuatkan saya hilang minat pada komputer dan internet," kata remaja berkaca mata itu ketika ditemui di Riding Healing Center yang terletak kira-kira 40 km (25 batu) dari Seoul.

Ibu bapa Kim sangat gembira dengan perubahan anak mereka. "Selepas terapi, dia sudah jarang melayari Internet bahkan akan berjanji terlebih dahulu untuk berapa lama dia akan menghadap komputer," kata ibunya.

Di Korea Selatan, negara di dunia yang paling maju/laju dalam sistem internet di mana hampir dua pertiga daripada penduduk memiliki sebuah telefon pintar menjadikan ketagihan internet sebagai masalah utama.

Data kerajaan mengatakan 680,000 kanak-kanak berusia antara 10 dan 19 tahun adalah penagih internet, atau sekitar 10 peratus daripada kumpulan umur.

Untuk mengatasi keadaan ini, kerajaan memperkenalkan "Shutdown Law" pada tahun lepas, yang menghalang pemain di bawah umur 16 tahun daripada melayari internet antara tengah malam dan 6 pagi bagaimanapun kesannya terhad pada remaja yang menggunakan akaun ibu bapa mereka.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment