Friday, January 11, 2013

TIPS RUMAHTANGGA - 7 Tips TEWASKAN Isteri Di Ranjang. Mesti Baca Woo, Berguna Ni.

Selalu kita kedengaran hanya suami yang berusaha puaskan atau 'tewaskan' si isteri. Tetapi kali ini tidak. Isteri pula buat sebaliknya. Artikel ini memberi panduan bagaimana seorang isteri ingin tewaskan si suami:


Petua tewaskan suami #1: Beritahu suami.

Beritahu apa yang anda mahu pada suami anda. Tahukah anda suami anda tidak akan tahu jika anda tidak beritahu apa yang bermain di fikiran anda. Beritahu perkara sebenar supaya anda berdua boleh berseronok ketika mengadakan hubungan seks.


Petua tewaskan suami #2: Kawal kelajuan.

Kawal kelajuan hubungan seks berlangsung. Jangan biarkan suami anda melakukannya terlalu laju sehingga dia seorang sahaja yang sampai inzalnya. Sedangkan anda belum rasa apa–apa lagi. Jika suami anda bergerak terlalu laju, anda tenangkan dia dengan pujuk rayu anda.


Petua tewaskan suami #3: Fantasi seks.

Sentiasa berani mencuba perkara baru. Ambil tahu apa fantasi seks suami anda dan anda cuba realisasikan fantasi seks dia.


Petua tewaskan suami #4: Sembang lucah.

Bersembang lucah dengan suami anda pasti akan memberi pengalaman baru pada setiap hubungan seks anda berdua.


Petua tewaskan suami #5: Rangsang bahagian sensitif.

Cuba kesan bahagian badan anda yang sensitif. Ada wanita yang cepat terangsang jika si lelaki menjilat ketiaknya. Anda kesan dan beritahu pada suami anda supaya dia boleh merangsang pada bahagian betul.

Petua tewaskan suami #6: Mandi bersama.

Mandi bersama sebelum melakukan hubungan seks. Jika ada masa lapang, ajak suami anda untuk mandi bersama sebelum melakukan hubungan seks. Selepa mandi, kulit anda akan lebih sensitif pada sentuhan dan ia pasti akan beri perasaan nikmat lebih kepada anda.

Petua tewaskan suami #7: Cuba tewaskan suami.

Cuba tewaskan suami anda dengan bersungguh–sungguh. Selain cuba berikan yang terbaik pada suami anda, anda cabar suami anda untuk tewaskan anda.
Kepada isteri, berikan nikmat hubungan seks yang hebat kepada suami anda, Hargai suami nescaya hubungan anda berdua akan semakin rapat.


Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comment:

  1. Tak beerani nak post di FB.... Malu woooooo

    ReplyDelete