Friday, February 15, 2013

'AWEK ABANG SAYA' Helah Terbaru Elak Di Tangkap Ketika Senggama Hari Valentine.

"Tak ada duit nak balik rumah malam ini, sebab itu saya terpaksa bermalam dengan kakak di sini, "kata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandungnya di dalam bilik hotel bajet di ibu negara, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, ketika ditanya penguat kuasa, remaja itu menukar kenyataannya mengatakan gadis berusia 20 tahun itu teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam semalam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi.

Semua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.


Selain pemeriksaan hotel bajet di sekitar ibu kota, penguat kuasa JAWI yang bergerak dalam dua kumpulan seramai 60 itu turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment