Bukan sahaja laris di pentas ceramah PAS, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan arkitek terkenal, Dato' Raja Kamarul Bahrin.
Pertengahan tahun lalu, Abby turut dikaitkan dengan nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Takiyuddin Hassan.
Namun, hubungan itu dikatakan tidak betahan lama apabila Takiyuddin mendapat maklumat Abby mempunyai hubungan lain yang lebih 'istimewa'.
Lebih menimbulkan persoalan, Abby Abadi dilihat bersama Raja Bahrin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kunjungan pelakon Gerak Khas itu dalam siri program politiknya bersama PAS ke Terengganu turut disambut Raja Bahrin.
Secara kebetulannya, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis, Noryn Aziz turut dikaitkan sebagai calon Menteri Besar menggantikan Abdul Wahid Endut sekiranya PAS bejaya menawan Terenganu.
Menurut sumber dalaman PAS, Abdul Wahid tidak dicalonkan untuk jawatan itu berikutan hubungan dinginnya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta kegagalan Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Raja Bahrin yang disebut-sebut sebagai calon PAS di DUN Ladang turut mendapat sokongan pemimpin kanan PAS dari Kuala Nerus dan Dungun serta sokongan 'belakang tabir' dari ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sebab itulah, Abby begitu kerap turun ke Terengganu dalam program politiknya bersama PAS.
Menjelang pilihan raya, Abby menjadi pilihan Raja Bahrin untuk program politiknya di Terengganu.
Perkara itu turut dicemburi jentera PAS yang lain kerana Abby dikatakan mendapat bayaran lebih daripada Raja Bahrin serta PAS sendiri.
Raja Bahrin dilihat begitu aktif bersama program-program PAS, ceramah, makan di warung-warung kopi bersama rakyat biasa dan turun padang bersama jentera pilihan raya PAS.
Sumber : Terengganu Today
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment