Monday, February 18, 2013

Isteri Kecewa, Suami Gemar Kunjungi Spa Untuk Berz ina. Gambar Kantoi Di Ipad.

"Isteri mana yang tidak kecewa apabila mengetahui suami yang dipercayainya melakukan kerja terkutuk di belakangnya, sudah tentu kebahagiaan yang dibina boleh berkecai," kata pendakwah bebas, Zawiah Hassan.

Beliau berkata, kunjungan ke pusat spa yang menawarkan khidmat urutan gadis haram di sisi agama malah terdedah dengan pelbagai pelakuan maksiat lain.

"Walaupun ada suami yang mengakui mereka ke pusat spa hanya untuk berurut tetapi jika ia dilakukan tukang urut wanita tetap haram hukumnya.

"Apatah lagi jika berlaku zina dengan wanita itu mereka dikira berdosa besar. Sudah ada isteri yang halal digauli kenapa tergamak mencari wanita lain sekadar untuk melayan keseronokan yang hanya bersifat sementara," katanya.

Zawiah berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, kelmarin yang mendedahkan seorang isteri hilang sabar selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa wanita warga Vietnam di spa terkemuka di bandar raya Ipoh.

Wanita yang dikenali sebagai Rohani, 48, itu turut kesal dengan perubahan sikap suaminya yang sering mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin akibat penangan wanita Vietnam itu.

Rohani mengetahui hubungan suaminya itu selepas memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan mendapati SMS berbaur lucah serta beberapa gambar wanita Vietnam di atas katil dalam keadaan mengghairahkan.

Dia percaya semua gambar wanita Vietnam yang beraksi manja itu diambil dalam bilik hotel dan spa di bandar berkenaan.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment