Agak tersentuh apabila membaca luahan hati Ustaz Mohd Kazim Elias, seorang pendakwah agama yang sangat dihormati.
Penghinaan dan fitnah yang cukup hebat terhadap beliau kerana keberaniannya menegur beberapa pihak berkenaan ISU AGAMA menyebabkan beliau tersentuh.
Teringat kembali ustaz Kazim pernah berceramah di atas Toyota Hilux dihadapan Sekolah Agama Rakyat yang dibantah keras oleh puak Pas dan PKR kerana untuk mendapat undi simpati daripada kaum cina.
Ustaz Kazim Elias tidak mampu berdiri terlalu lama kerana kecederaan pada lutut beliau dan pernah mengalami kemalangan jalanraya sewaktu untuk memberi ceramah di satu lokasi.
Saya tetap menyokong perjuangan ustaz, saya bangga dengan apa yg ustaz Kazim perjuangkan kini.. Saya kagum dgn kejayaan ustaz kehebatan ustaz mencadangkan MAAHAD TAHFIZ di setiap daerah di PERAK yg kini telah banyak dibuka di sana.
Pengikut Ustaz Kazim juga semakin bertambah sehingga mencecah 400k di facebooknya.
Walau apa pun yang dikatakan kepada Ustaz Kazim, yang penting Ustaz Kazim sudah mempunyai sekolah Tahfiz AlBarakah yang cukup terkenal, sedangkan mereka yang mengutuk Ustaz Kazim bukan kata nak membangunkan negara Islam, nak bercakap soal Islam pun terpaksa minta izin daripada pemimpin Cina DAP.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Banyak ceramah Uztad Kazim yang memberi penerangan baik dan bercahaya pada saya. Semoga Allah melindungi beliau dari segala cacian hinaan dari orang2 munafiq dan kawarij.
ReplyDelete