Seorang lelaki dipercayai menggunakan helah memasang perangkap ayam hutan di sekitar rumah jirannya bagi membolehkan dia mengendap isteri jirannya dalam kejadian di Durian Tunggal, di sini, pagi semalam.
Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan memasang perangkap ayam hutan kira-kira jam 1 pagi sebelum datang semula jam 7.30 pagi bagi mengambil perangkap berkenaan sambil menghendap isteri jirannya yang bersiap ke tempat kerja.
Perbuatan lelaki terbabit terbongkar selepas kegiatannya disedari suami wanita itu yang baru pulang dari kerja kira-kira jam 7.30 pagi menyebabkan berlaku pergaduhan.
Suami wanita berkenaan, Mazlan Abdul Rahim, 28, mendakwa dia yang baru pulang dari bekerja di sebuah kilang terserempak dengan lelaki itu berlegar di kawasan rumahnya.
Malah katanya, dia dihubungi isteri memberitahu terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di tepi rumah beberapa jam sebelum itu.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment