Bijak memanjakan lelaki selain rela dibelai umpama isteri menjadi antara faktor penarik menyebabkan ramai wanita Vietnam membanjiri spa sekitar bandar raya Ipoh kebelakangan ini.
Daya tarikan itu ditambah pula kecantikan rupa paras wanita Vietnam menyebabkan pekerja seks usia 20-an terbabit menjadi pilihan lelaki tempatan.
Berdasarkan tinjauan selama dua hari di empat pusat spa di bandar raya ini, kehadiran ramai wanita Vietnam memecah monopoli perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) di pusat spa yang sebelum ini dikuasai wanita dari China.
Hasil penyamaran dilakukan, seorang kapten (penyelia) pusat spa di Jalan Yang Kalsom, di sini, mengakui permintaan terhadap wanita Vietnam semakin meningkat berbanding wanita China.
Dia yang dikenali sebagai Joe, 40, berkata, wanita Vietnam yang dibekalkan sindiket dari Kuala Lumpur menandingi GRO China dari aspek paras rupa, etika kerja dan komunikasi ketika bersama pelanggan.
"Sebelum ini kami guna GRO China, tetapi ramai pelanggan tidak puas hati sebab mereka kurang mesra dan tidak pandai berbahasa Inggeris.
"Pelanggan tidak puas hati sebab bayar mahal, tapi GRO China tak pandai layan," katanya.
Kehadiran wanita Vietnam yang lebih lemah-lembut dan memiliki daya tarikan tersendiri menyelesaikan masalah itu menyebabkan ramai GRO China terpaksa pulang ke negara asal atau berpindah ke negara lain.
"Kami terima maklum balas positif daripada pelanggan yang menyatakan layanan wanita Vietnam lebih baik daripada GRO Thailand atau Indonesia," katanya.
Seorang wanita Vietnam yang dikenali sebagai Rita Nguyen, 26, berkata, dia selesa bekerja di Malaysia kerana lelaki di negara ini tidak lokek wang dan romantis.
"I love working here. Malaysian men very generous (saya suka bekerja di sini. Lelaki Malaysia pemurah)," katanya yang berkhidmat di sebuah pusat spa, di sini, sejak November lalu.
Dia yang fasih berbahasa Inggeris menetapkan bayaran RM168 untuk khidmatnya, termasuk seks.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment