Thursday, February 7, 2013

ULANGTAHUN KE 4 PENTADBIRAN BN PERAK. Ok Kah KPI @ZambryAbdKadir Atau Sekadar Omong Kosong.

Semalam genap empat tahun Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh selepas majlis ringkas memperingati peristiwa itu, beliau menegaskan, ia bukanlah satu keistimewaan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan penuh rasa amanah dan ikhlas.

"Saya akan terus bekerja seperti mana saya bekerja dari peringkat mula.

"Ia bukan keistimewaan bagi saya tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh rasa amanah dan keikhlasan," katanya lagi.

Majlis ringkas yang dibuat tanpa pengetahuan Menteri Besar Perak itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal dan barisan exco negeri termasuklah Exco Kesenian, Kebudayaan dan Belia negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Exco Penerangan, Perladangan dan Pembasmian Kemiskinan; Datuk Saarani Mohamad, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Bukan Islam; Datuk Dr Mah Hang Soon dan Exco Pelajaran negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Hasil pentadbiran dan pengurusan yang cekap, kerajaan negeri Perak terus melakar kejayaan demi kejayaan yang pastinya dicemburui pihak luar terutamanya pembangkang.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 contohnya memuji pengurusan kewangan kerajaan Perak, jabatan dan agensi di bawahnya kerana prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Laporan itu turut menunjukkan rekod baik dicapai hasil tindakan kerajaan negeri dan jabatan negeri yang memberi tumpuan dan fokus sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bermula 2007.

Ia juga memperlihatkan tahap prestasi prestasi pengurusan kewangan di 11 jabatan dan agensi negeri bagi 2011 juga berada pada tahap baik dengan dua lagi menerima penarafan sangat baik.

Selain itu, semakan di tujuh jabatan pula mendapati kawalan bajet, terimaan dan perbelanjaan berada pada tahap sangat baik manakala kawalan pengurusan di tahap baik.

Tidak dinafikan, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat (PR) sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan pendekatan dilaksanakan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Penerokaan sumber baru seperti sektor pelancongan dan perkhidmatan secara tidak langsung menambah hasil negeri yang sedia ada kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada sektor pertanian dan berasaskan mineral.

Bukan setakat cemerlang dalam pengurusan kewangan, Perak juga menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan Program Transformasi Secara Menyeluruh (SWAT) dan bakal dicontohi negeri-negeri lain selepas ini.

Negeri Perak juga berjaya memastikan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri memiliki Pelan Strategik Organisasi dan Pelan Strategik ICT yang lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Selain itu, Pejabat SUK Perak menjadi pejabat pertama yang mempunyai Pelan Pengurusan Risiko tersendiri selain menjadi negeri pertama yang memiliki Pelan Kesinambungan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh MAMPU.

Kini, jelas terbukti pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap oleh kerajaan negeri mampu merealisasikan sasaran gagasan Perak Amanjaya.

Dengan transformasi yang dilaksanakan di peringkat negeri dengan slogan Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, rakyat Perak seharusnya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Menteri Besar bagi memastikan negeri ini terus maju, aman dan makmur.

Perak juga menjadi satu-satunya negeri yang menganjurkan Hari Bertemu Rakyat bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah mereka secara terbuka kepada Menteri Besar.

Sejak diperkenalkan kira-kira empat, 75 peratus daripada lebih 25,000 aduan rakyat berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Di bawah gagasan Perak Amanjaya yang menggariskan tujuh teras upaya, rakyat Perak berpeluang meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka melalui pelbagai pendekatan dan bantuan yang disalurkan melalui agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

Ekonomi negeri juga berkembang pesat dengan pelaburan mega yang diterajui oleh Syarikat Vale di Teluk Rubiah dan DRB Hicom di Proton City, dekat Tanjung Malim.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment