Bagaimanapun, mereka tidak menyertai UMNO sebaliknya mengumumkan menubuhkan Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM) dan bergerak di bawah naungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bekas Ketua PKR cabang itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata, keputusan untuk keluar daripada parti itu dan membubarkan cawangan Batu Hampar sejak ditubuhkan pada 2009 dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR.
Kita tidak boleh tunggu lagi kerana perjuangan PKR hari ini jauh tersimpang daripada agenda sebenarnya. Kami lihat perjuangan PKR atas kepentingan peribadi dan mengejar kuasa.
Sehubungan itu, kami bersepakat untuk keluar parti ini dan seterusnya membubarkan cawangan Batu Hampar. Kami tidak menyesal mengambil keputusan ini.
Kami belum buat keputusan untuk menyertai UMNO atau mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dan buat masa ini kami akan bergerak sebagai sebuah NGO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengisytiharkan keluar PKR dan membubarkan cawangan Batu Hampar di Japerun Ayer Keroh di Batu Beredam dekat sini malam tadi.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut melancarkan penubuhan PUAM.
Mengulas lanjut Tuah Shah berkata, sebagai sebuah NGO, mereka akan menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Sokongan ke atas BN katanya, kerana melihat parti itu telah membuktikan kepimpinan untuk memastikan rakyat terbela dan usaha tersebut tidak mampu dilakukan oleh PKR.
Kami semua menyokong BN dan akan memastikan beberapa kerusi milik pembangkang khususnya di dalam Parlimen Bukit Katil seperti Ayer Keroh dan Bachang dirampas oleh BN," ujarnya.
Sementara itu Mohd. Ali ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, keputusan yang diambil oleh 143 ahli PKR cawangan Batu Hampar adalah satu tindakan yang wajar dan tepat.
Mereka ini keluar parti sebab sudah sedar PKR bukanlah sebuah parti yang membela rakyat. Tidak seperti UMNO dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih terjamin dan selesa," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi BN negeri meminta lebih ramai lagi ahli PKR keluar dari parti itu.
Katanya, mereka patut mencontohi ahli PKR Batu Hampar dan bertindak bijak keluar parti dan membubarkan cawangan mereka.
- UTUSAN
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment