Ceramah pakatan pembangkang yang diadakan di beberapa negeri malam tadi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, mendapat sambutan yang terlalu dingin apabila hanya sebilangan kecil dipercayai penyokong mereka yang hadir.
Ceramah di Padang Awam Bandar Sri Putra 5, Bangi dekat sini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dan ADUN Kajang, Lee Khim Shee umpamanya hanya dihadiri oleh kira-kira 50 orang.
Program itu gagal menarik perhatian kira-kira 2,000 penuntut Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) milik kerajaan negeri itu yang tinggal di asrama tidak jauh dari padang berkenaan.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment