Monday, March 11, 2013

Ops Daulat! Foto Terkini Mayat Pengganas #LahadDatu

Ketua Forensik Bukit Aman, ASP Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan 16 mayat kumpulan pengganas Sulu yang mati ditembak oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu yang kini diletakkan di Hospital Lahad Datu.



Sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 Lahad Datu membaca doa pada perhimpunan setelah sekolah tersebut mula dibuka pada hari ke 7 Ops Daulat dilancarkan terhadap pengganas Sulu, di Lahad Datu, Sabah di sini hari ini.


Sebanyak 16 mayat pengganas Sulu, termasuk seorang berpangkat jeneral dikenali sebagai Komander Musa, telah dìhantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.


Sementara itu menurut Menteri Pertahanan Datul Seri Zahid Hamidi menjelaskan, Malaysia menyifatkan tindakan penceroboh militan 'sultan Sulu' di pantai timur Sabah sebagai "menyerupai pengganas" demi hubungan diplomatik dengan Filipina.

"Ada protes daripada Kementerian Luar Filipina yang menyatakan istilah pengganas tidak dapat diterima oleh mereka.

"Mereka beersetuju, kita menggunakan penceroboh militan, tapi tindakan (mereka) itu menyerupai pengganas.

"Jadi, ini cuma istilah-istilah diplomatik. Saya fikir sesiapa yang menceroboh negara kita dengan menggunakan senjata, tindakan mereka itu menyerupai pengganas," katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenaiarahan oleh Jawatankuasa Keselamatan Sabah, yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, agar media menggelarkan kumpulan militan berkenaan sebagai "pengganas".

Ahmad Zahid diminta menjelaskan perkara itu memandangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin dalam laporan sebelum ini berkata penceroboh di Lahad Datu tidak anggap sebagai pengganas.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comment: