Sebagai seorang daripada lima kumpulan muzik paling terkenal di dunia, Harry Styles sudah biasa dihujani limpahan hadiah.
Tetapi remaja itu mengalami kesakitan kelmarin apabila hasrat peminat untuk memberinya hadiah bertukar menjadi insiden buruk.
Selepas seorang peminat membaling kasut ke atas pentas ketika konsert di Glasgow, Scotland, Styles bertanya kepada penonton mengapa dia hanya mendapat sebelah kasut.
Pada waktu itu, peminat membaling sebelah lagi kasut ke pentas dan mengenai kelangkangnya. Penyanyi berusia 19 tahun itu dilihat memegang bahagian kemaluannya sebelum rebah di pentas dengan anggota One Direction (1D) yang lain iaitu Liam Payne dan Zayn Malik bergegas ke arahnya.
Namun, selepas melaungkan 'Man down!' setelah menyaksikan insiden itu, anggota kumpulan itu segera memastikan kepada penonton bahawa Styles dalam keadaan baik. Dan Styles berupaya bangun dan meneruskan persembahan. Penyanyi itu dilihat meluru dan menggeliat bagi memastikan semuanya baik sebelum dia meneruskan persembahan dengan anggota kumpulan yang lain ketika konsert jelajah Take Me Home mereka.
Sementara kasut menjadi hadiah paling luar biasa dibaling ke pentas, ia adalah hadiah paling pelik yang diterima kumpulan itu setakat ini - Agensi
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment