Sunday, April 21, 2013

HOT - TAWARAN HEBAT RM2k BILA ANDA TAMPAL PELEKAT DAP. Wowww, Asyukkkkkkk...

DAP akan memberikan Insantif pada mereka yang melekatkan Pelekat Ubah pada kenderaan mereka. Sumber dalaman memberitahu sesiapa saja boleh mendaftar dengan syarat mengisi borang menjadi Ahli DAP terlebih dahulu. Licik sungguh perancangan DAP nie. Pastinya ramai yang mendambakan wang ringgit. Ini adalah taktik membeli undi yang telah lama diamalkan oleh Parti DAP.

Dalam keghairahan DAP untuk memecah tradisi Barisan Nasional (BN) di Johor, calon Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang tersasul menyebut 'New Malaysia' sewaktu ceramahnya di Padang Sutera Mall.

Bagaimanapun, Penasihat DAP itu segera membetulkan kembali sebutannya.
"Pakatan mewakili masa hadapan. New policy, new Malaysia, eh, new start," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Slogan 'New Malaysia' itu dikaitkan dengan ideologi "Malaysian Malaysia" yang dipelopori Lee Kuan Yew melalui People's Action Party (PAP) yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Malaysia pada 1965 dibawa masuk ke dalam visi dan misi DAP.

Ia dilaporkan cuba mempersoalkan hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan bagi menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran umum dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada 16 September 2011, ahli DAP, M Manoharan pernah menimbulkan isu dengan mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar dengan bendera bentuk baru, jika pakatan pembangkang berkuasa.

Alasan beliau kononnya Jalur Gemilang yang menjadi simbol kedaulatan negara dan disanjung seluruh rakyat Malaysia itu lebih mencerminkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan negara Malaysia.

Sementara itu, dalam ceramah yang sama, Kit Siang mengakui lawannya di Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman merupakan seorang Menteri Besar yang berkaliber.

Menurutnya, Abdul Ghani telah membawa banyak kemajuan di negeri Johor selain adalah Menteri Besar yang paling lama berkhidmat.

"Saya mengakui dia seorang Menteri Besar yang bagus. Dia bawa kemajuan kepada Johor sejak dia jadi Menteri Besar," katanya.

Untuk rekod, Abdul Ghani telah mentadbir negeri Johor selama 18 tahun dan berkhidmat di DUN Serom selama tiga penggal sebelum akhirnya dipilih untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment