Dulu kita tengok dalam rancangan melodi si Abby ni mengamuk pada Norman Hakim, kononnya Norman ada skandal dengan Memey. Lepas tu keluar pulak klip gambar gambar si Abby dalam youtube sedang bermesra mesraan dengan Zul seperti dalam bilik hotel.
Tapi itu perkara dah berlalu, Abby kini dah bertaubat, walaupun baru tapi dah mula pandai mengatakan seolah olah dia seorang sahaja yang Islam dan bijak tentang agama.
Setelah berbulan bulan bertungkus lumus terpekik terlolong, tapi sampai kini, nama Abby masih belum disebut sebagai calon untuk PRU13, kenapa pulak ye?
Yang untungnya sekarang ni si Aishah, penyanyi lagu 'Janji ManisMu', tak pasal pasal tak perlu memekik melolong dapat jadi calon, nampaknya Abby kena belajar daripada Aishah, tak perlu keluar ceramah teruk sangat dah jadi calon ahli parlimen Jempol lak lagi tu.
Abby tak marah ke? Atau sekarang ni sedang memaki hamun kepimpinan PAS yang tidak meletakkan beliau sebagai calon pilihanraya?
Takpe Abby, mungkin pemimpin PAS nak jadikan awak sebagai calon isteri seorang YB atau ehemm..memang dah ada agaknya.
Ustazah segera ni memang selalu sangat mewujudkan sesuatu yang agak ganjil, tidak kira dalam twitter atau dalam youtube, cuba klik video dibawah kita tengok apa kata Abby dan sebab apa beliau masuk PAS.
Video Disini: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/04/abby-mengamuk-siap-maki-hamun.html?m=1
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment