"Saya bersedia kerana saya adalah saksinya, saya ada bukti…kalau mereka nak saman, saya terima dan saya cabar Nik Aziz dan Saipul Baharin tolong saman saya kerana saya sudah bersedia masuk mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)".
Demikian tegas Ustaz Saidi Hussin yang disebut bakal berhadapan saman Adun Selising, Saipul Bahrin Mohamad yang mendakwa difitnah berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP) semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.
Sambil menegaskan langsung tidak gentar dengan ugutan saman itu, Ustaz Saidi sebaliknya meminta pemeriksaan DNA dilakukan terhadap anak kedua bongsu kepada wanita dikenali sebagai Kak Na yang ditemui berkhalwat dengan Saipul Bahrin.
"Di Pasir Puteh sendiri, semua orang tahu kes khalwat Saipul Bahrin dan apa istimewanya beliau hingga diisytiharkan oleh Nik Aziz sebagai calon pertama bertanding dalam PRU-13.
"Jika sekiranya Saipul Bahrin tidak dicalonkan, maka bermakna benarlah dakwaan kes khalwat itu berlaku antara pemimpin PAS itu dengan isteri orang… itu sebab dia wajib bertanding PRU-13 sebagai bukti dirinya tidak bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Ustaz Saidi, pihak polis juga perlu menyiasat kes berkenaan dengan memanggil beberapa saksi termasuklah Haji Fauzi DAG 67, Azhar Kerbau dan tok bilal Kampung Golok dalam DUN Semarak.
Sementara itu, Ustaz Saidi menegaskan otak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.
Isu kafir mengkafirkan UMNO hingga mewujudkan perceraian suami isteri jelas membuktikan PAS menggunakan fahaman yang salah dan keterlaluan hingga sanggup melabelkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti haiwan dan wang itu haram digunakan.
Video disini: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/04/terkini-kes-adun-pas-di-tangkap-dengan.html?m=1
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment