Friday, January 28, 2011

KHALID GAGAP AKHIRNYA TERTUNDUK MALU BERDEPAN KHUSRIN..

Setelah sebulan mengambil pendirian keras menolak pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengambil langkah 'meredakan' isu itu.

Beliau memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan SUK pada 7 Februari ini.

Menurut Menteri Besar, beliau juga akan mengadakan sidang akhbar bersama Mohammed Khusrin bagi menjelaskan kedudukan SUK yang pelantikannya selama ini tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan menerangkan butiran mengenai perjumpaan itu termasuk soal majlis mengangkat sumpah simpan rahsia untuk Mohammed Khusrin bagi membolehkan beliau melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

"Itu nanti kita akan beritahu, (buat masa ini) adalah tidak adil bagi (Mohammed) Khusrin, kita akan adakan sidang akhbar bersama nanti," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Hari ini genap sebulan kemelut pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK selepas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan pelantikannya pada 27 Disember lalu.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Abdul Khalid agar akur dengan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK setelah pentadbirannya gagal meluluskan usul pindaan Perlembagaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin lalu.

Menteri Besar juga didesak agar mempercepatkan majlis mengangkat sumpah simpan rahsia untuk Mohammed Khusrin bagi membolehkan beliau dibenarkan menyertai mesyuarat Exco kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment