Sambil menyuarakan perasaan tersinggung dengan kenyataan itu, beliau berkata, Nik Abdul Aziz yang diangkat sebagai 'tok guru' oleh penyokong Pas telah menganggap seluruh pengundi di Tenang sebagai golongan yang bodoh kerana jelas perkataan jahil itu bermaksud bodoh.
Sehubungan itu, seluruh umat Islam terutamanya pengundi Melayu di Tenang supaya mengambil iktibar daripada tindakan Menteri Besar Kelantan tersebut kerana Pas akan mengeluarkan pelbagai 'fatwa' songsang jika terdesak.
"Ini 'fatwa' yang songsang. Ia satu lagi bukti penyelewengan hukum agama oleh Nik Abdul Aziz dan label jahiliah ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan Mursyidul Am yang dipanggil sebagai 'tok guru'.
"Sebagai seorang Islam, kita taat pada tuntutan agama, apakah seluruh pengundi yang berada di Tenang ini jahil? Kalau ikut tafsiran Nik Abdul Aziz, kita semua ini hidup dalam zaman jahiliahlah. Kita semua ini golongan manusia yang bodoh kerana jahil itu bermaksud bodoh," kata TPM.
Beliau diminta mengulas 'fatwa' Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan orang ramai yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah pada sidang akhbar baru-baru ini selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen di Kampung Radong, di sini.
Nik Abdul Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."
Ditanya pandangannya sama ada Menteri Besar Kelantan itu wajar mengundurkan diri dengan segera sebelum lebih banyak perpecahan berlaku dalam umat Islam, Muhyiddin berkata, perkara tersebut terserah kepada Nik Abdul Aziz sendiri.
"Kalau dia fikir masih lagi boleh memberi pandangan yang songsang tidak mengapalah. Yang penting kita jangan terpengaruh kerana kenyataan beliau lebih bersifat politik daripada agama," katanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment