Masyarakat tidak harus menuding jari menyalahkan trio Datuk T semata-mata ekoran pendedahan mereka terhadap pembongkaran video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.
Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, orang ramai perlu bersikap positif terhadap pendedahan tersebut kerana ia bermatlamat untuk membongkar sebuah kebenaran.
Justeru, tegasnya, adalah tidak adil untuk mendesak agar tindakan dikenakan terhadap trio tersebut semata-mata kerana dianggap bersalah membongkar video seks tersebut.
"Pendedahan yang dilakukan itu adalah perkara yang berbeza dengan pemilikan atau tayangan video lucah untuk tayangan mahupun edaran kepada umum.
"JMM yakin ia (pendedahan) dibuat bukan untuk merangsang perhatian umum seperti penayangan video lucah sebaliknya kerana mendedahkan sebuah kebenaran," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Awal minggu ini negara digemparkan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota.
Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka Datuk T sebelum misteri mereka terungkai apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah trio tersebut.
Tengku Amalluddin berkata, pendedahan seperti yang dilakukan oleh Datuk T juga tidak boleh disamakan dengan matlamat penayangan video lucah yang lain yang mampu membuatkan penonton terangsang.
Sebaliknya, kata beliau, tujuan video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan adalah untuk mencari kebenaran semata-mata.
Malah beliau yakin dan optimis sekiranya dipertontonkan kepada umum, masyarakat akan berasa jengkel dan geli dengan aksi 'pelakon' dalam video seks tersebut.
No comments:
Post a Comment