Thursday, April 7, 2011

JAMIL KHIR BIDAS KOR MING DI PARLIMEN...


Perbuatan orang bukan Islam membaca dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan ikhlas dan jujur adalah satu penghinaan terhadap kesucian kitab itu.

Ia termasuk perbuatan membaca ayat al-Quran oleh pemimpin bukan Islam dalam ceramah-ceramah politik, terutama semasa kempen pilihan raya kerana ia boleh mendatangkan keraguan dan fitnah dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ketetapan itu dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam satu muzakarah khas yang diadakan 3 Disember 2010.

“Ketetapan ini bertujuan melindungi dan mempertahankan kedudukan serta kesucian Islam selaku agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Perbuatan itu perlu dihentikan dengan segera kerana ia boleh menyebabkan timbulnya suasana tidak harmoni dalam negara serta benci-membenci dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mengenai tindakan kerajaan bagi memastikan al-Quran tidak dijadikan gimik politik oleh pemimpin bukan Islam, di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Jamil Khir, dengan keputusan itu, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap sesiapa sahaja yang berniat mahu melukakan hati penganut Islam.

Mengenai dakwaan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) bahawa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu bakal menakutkan penganut bukan Islam, beliau berkata, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

“Kita bukan mahu menakutkan orang bukan Islam, mereka bebas untuk mendalami Islam, tetapi dalam kes membaca ayat al-Quran, ia perlu disertakan dengan keikhlasan dan bukannya bersifat politik semata-mata,” jelasnya

2 comments:

  1. Jangan lupa dgn ayat-ayat Quran yg dijual dipremis bukan Islam bersepah kat KL ni.

    ReplyDelete
  2. tcbhm,
    ya la. bila kita nak baca ayat2 Al Quran, kita wajib mula dgn Bismillah & akhiri dgn Sodaqallah.

    ada mrk berani sebut dgn nama Allah tu?

    yg kita boleh tengok, mrk terus terkam sebut ayat tu dari surah mana (sulah aurra!) & sebut ayat dgn makna yg lintang pukang. tajwid ke mana, tafsir kemana! Astaghfirullaah...

    yg sakit & pedih hatinya, org2 Islam di bawah tu pulak bertakbir & berdekah2 tertawa mendengar kapir mempermainkan ayat2 suci tu. tanggungla digelar pencacai dap. mrk sanggup dengar ayat2 suci dipermainkan oleh orang2 kapir harbi dlm ceramah2 politik!
    menyedihkan sungguh. malulah dgn diri sendiri jika terus berpura2 tidak apa begitu.

    sudah ada ka diantara sikapir yg menyampaikan ayat2 suci tu yg mengadap tok guru kata mrk faham benar dgn apa yg mrk 'sampaikan' & beriktikad memeluk Islam setelah terkesan dgn ayat2 yg mrk baca tu?

    adakah mrk selepas musim pilihanraya itu terus mengkaji alQuran utk memahami lebih lanjut isi, makna & panduan yg ada dlm AlQuran dgn mengadap tok guru?

    rasanya habis sj berkempen, habislah permainan mrk dgn ayat2 suci Allah tu.

    mengapakah umat Islam pas ni sanggup membenarkan perkara begini dilakukan oleh sekutu mrk yg anti melayu, anti Islam?

    jika betul hendak mendalami AlQuran, eloklah ajak mrk ke pasti 'selamat', baca satu persatu mcm kita didik anak2 kita baca dari mula surah AlBaqarah hinggalah ke surah AnNas. kalau tak konfiden, ajakla baca muqaddam dulu dari surah 'Amma hingga ke AnNas..dah 3 tahun bekerjasama, takkan tak boleh pujuk mrk mendalami isi AlQuran jika mrk beriya-iya & ikhlas nak gunakan ayat2 suci dlm ceramah2 mrk?

    takutnya nanti yg ustaz2 pas pulak yg petik ayat2 dari Injil atau kitab mahabarata utk sampaikan mesej pd pengundi bukan Islam yg mrk nak tarik menyokong pas sebagaimana puak2 dap menggunkan ayat2 suci AlQuran utk menarik pengundi melayu Islam menyokong dap!! aku tau bukan semua pemimpin2 pas suka taktik hina begini tapi mrk juga menjadi ustaz bisu! nak suarakan takut nanti dicap lawan tok guru! duduk diam2 harap2 ada orang lain yg lebih berani menegur. akhirnya takdak siapapun kata apa...Na'uzubillahiminzaalik!

    ReplyDelete