Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu.
Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai. Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.
"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.
"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya di sini hari ini.
Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.
"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.
Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.
DAPig rasis..!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment