Tuesday, July 19, 2011

PASAL BERSIH.. Kita kena guna akal jangan guna lutut.. PAHAM..

Berdasarkan jumlah kehadiran tak sampai 20,000 orang yg sanggup turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu membuktikan ia telah gagal.

Walaupun sasaran mereka untuk mengumpulkan lebih 300,000 lebih, yg datang paling2 ramai pun 15,000 sahaja.

Namun sudah memang dasar PR begitu, mereka sering memaipulasikan fakta, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara.

Dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 itu akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Ini termasuklah cubaan sesetengah pihak menggunakan rakaman video kononnya menunjukkan kekejaman anggota keselamatan ketika cuba menyuraikan perhimpunan itu.

Sebenarnya rakaman2 itu bukanlah gambaran keseluruhannya, kerana ia diambil dari sudut yg menampakkan Polis kejam.

Seperti yg kita maklum…Bersih, terutamanya Anwar mempunyai 'sympathiser' di luar sana yg sentiasa ingin melihat kerajaan Malaysia tidak stabil dan kucar-kacir.

TC: Justeru rakyat Malaysia perlu bersikap rasional serta membuat penilaian dengan guna akal jangan guna lutut.. Hahahaha


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment