Wednesday, December 5, 2012

GRO Lori Balak Di Kelantan. 'Serambi Mekah' Apa Lagu Ni.

Difahamkan, taktik itu mendapat sambutan sehingga restoran terbabit menyediakan satu dewan besar dan dua bilik kecil di bahagian belakang khusus pelanggan singgah berkaraoke sambil berhibur.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Kelantan dapat mengesan aktiviti tidak bermoral itu dan melakukan serbuan jam 10 malam, kelmarin.

Sebuah restoran dekat Tanah Putih, Gua Musang, dikesan menyediakan pusat karaoke haram dan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai umpan untuk menggoda pemandu serta kelindan lori balak yang sering singgah ketika melalui kawasan itu.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lapan GRO warga Thailand dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Katanya, walaupun semua ditahan mempunyai pas lawatan sosial, pemantauan sebelum ini mendapati mereka menjadi GRO dan mendapat tip daripada pelanggan.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment