Wednesday, December 5, 2012

LAGI LAGI POLIS SALAH. DAJALNYA PR NIE. PUIIHH.

Ketika kejadian berlaku, pihak pembangkang memainkan peranan batu apikan keluarga remaja Aminulrasyid Amzah supaya memburuk-burukkan pihak polis.

Aminulrasyid telah mengunakan kereta keluarganya tanpa izin dan apabila ditahan pihak polis, dia telah cuba melarikan diri. Dalam keadaan yang mengesyakkan, polis terpaksa melepaskan tembakan dan remaja ini mati.

Pihak pembangkang telah memainkan isu ini beserta pelbagai lagi kes-kes ain untuk menjatuhkan institusi polis, SPRM, askar dan lain-lain bagi meraih simpati pengundi.

Kini kebenaran terserlah dan pembangkang terbukti membohong dan melakukan fitnah sekali lagi....

Koperal Jenain dibebaskan daripada tuduhan

SHAH ALAM 5 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun ke atas Koperal Jenain Subi yang sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas meneliti rekod-rekod rayuan dan mendapati Jenain tidak berniat membunuh remaja terbabit ketika melepaskan tembakan tetapi hanya ingin memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa.

Hakim turut menyatakan, anggota polis itu sepatutnya tidak dipanggil membela diri kerana bukti yang dikemukakan tidak cukup untuk membuktikan prima facie. - UTUSAN


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment