Ngeh Koo Ham enggan mengulas kemarahan rakyat Kelantan berhubung tindakan kerajaan Pas negeri itu meluluskan tanah kepada syarikat milik beliau, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek pembalakan.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu menegaskan, tanah seluas 4,000 hektar di Gua Musang bukan pemberian kerajaan Pas Kelantan sebaliknya diusahakan atas urusan perniagaan.
"Ini bukan satu projek yang kerajaan negeri bagi saya. Sebaliknya ini projek tanam semula pokok balak. Dua syarikat yang diminta (melaksanakan projek tersebut) sebelum ini gagal.
"Kami ambil alih (syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.) untuk tanam balik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya kebebasan bersuara.. Puihhhhhh
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment