Monday, February 18, 2013

@mbnizar Dikesan Mengambil Peranan SYAITAN Untuk Memecah belahkan UMMAH! PM, TPM & TUN M Jadi Sasaran.

Fuckatan semakin terdesak: @MBNizar dikesan mengambil peranan SYAITAN untuk memecah belahkan UMMAH!
 
 
Amboih! Sejak bila pula si Nizar Balaci Komunis ini ambil berat tentang hal ehwal dalaman UMNO?!! Sampai begitu sekali khabar anginnya. Menurut sumber yang "tepat", Nizar sanggup lari BERBOGEL keliling Ipoh jika Najib masih lagi PM selepas DUA MINGGU.
 
Apa kata kali ini kita pegang sementara kata-kata boneka DAP ini untuk lihat sama ada bekas MB paling singkat ini berada di pihak yang benar atau memang kaki tabur FITNAH!
 
 
Ini satu lagi perkara yang disebarkan oleh si Nizar Komunis. Berita kemenangan Pakatan sebelum Parlimen dibubarkan. Hebat! Memang hebat betul Pakatan. Orang belum keluar mengundi, mereka sudah siap kira kertas undi...?!! Atau inikah yang dikenali sebagai skim "PENGUNDI HANTU"?!!

 
Poster di atas ini juga sedang disebarkan oleh penchacai pembangkang di laman-laman sosial. Tujuannya sama ada hendak memberikan rasa lega kepada penyokong mereka, atau cuba untuk menakut-nakutkan UMNO-BN. Kalau tujuan yang kedua itu motifnya, ALHAMDULILLAH! Sekurang-kurangnya, UMNO masih sedar yang mereka perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk memastikan kemenangan.
 
Bukannya, jadi terlalu yakin, bongkak dan takabbur, sehingga sudah boleh mengumumkan kemenangan sendiri walaupun sebelum PRU bermula.
 
Persoalan yang kami ingin bangkitkan di sini ialah, tidak malukah Pakatan Rakyat merwar-warkan kemenangan yang kononnya bakal mereka perolehi dalam keadaan negeri-negeri yang ditadbir sendiri kucar-kacir?!! Tidak payah nak cerita soal air percuma di Selangor di sini jika air itu sendiri pun tiada!
 
Cuba senaraikan mana negeri pakatan rakyat yang betul-betul menjaga kebajikan rakyat?!! Penang dengan skim rumah mampu milik RM400K nya dan dasar cauvinisnya, Kedah dengan ekonomi jual balaknya (sama sahaja seperti kes Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu satu ketika dahulu) serta rampasan tanah rakyat, Selangor dengan skandal Talamnya, Uniselnya dan manifesto yang tidak ditunaikan. Ingat lagi kenyataan MB Selangor yang manifesto itu bukan satu perjanjian?!! Jadi bagaimana kita hendak percaya dan beri undi kepada Pakatan Rakyat lagi?!!
 
Bantuan khas orang tua RM100 setahun?!! Baucar beli belah RM100 setahun?!! Berapa ramai yang rasa nikmatnya berbanding BR1M?!! Mereka menyebarkan dakyah seolah-olah merekalah jaguh yang telah membela nasib rakyat selama ini!
 
Bukanlah kami hendak mendabik dada yang BN pasti akan menang PRU-13 ini. Namun soal rezeki itu di tangan Tuhan, dan Allah SWT telah menjanjikannya kepada yang kuat berusaha. Selama beberapa tahun ini, ramai yang boleh melihat siapa yang kuat bekerja demi rakyat. Dan apabila sebut bekerja, bukannya bermaksud mengelilingi negara menabur fitnah dan dakyah untuk memecah belahkan rakyat!
 
Kebenarannya, propaganda di atas sebenarnya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat kini semakin terdesak. Mereka sedar yang mereka kini bakal ditumbangkan dengan hebatnya pada PRU ini. Sebab itu mereka mencuba menggunakan kaedah hasutan dan adu domba dengan harapan agar UMNO dan BN berpecah belah, seperti mana yang sedang mereka hadapi ketika ini.
 
Tidakkah ini semua mengingatkan kita tentang sifat-sifat MUSUH manusia yang NYATA dan perlu kita jauhi seperti yang Allah SWT peringatkan dalam Al-Quranul Qareem?!!

Dicedok dari : http://mymassa.blogspot.com/2013/02/fuckatan-semakin-terdesak-mbnizar.html?m=1


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment