Tetapi hakikat dan realiti sekarang ini, anak-anak gadis tidak seperti dulu. Kini, anak-anak gadis mudah terpengaruh, mudah terangsang, mudah menyerahkan maruahnya dan begitu kuat perasaan ingin mencuba, tetapi undang-undang yang sedia ada masih macam dahulu.
Bukan niat untuk mempertikaikan, tetapi sekurang-kurang ada rombakan dan pemerhatian semula supaya ianya relevan dengan keadaan sekarang. Contohnya sekarang ini kita hari-hari disogokkan dengan gejala seks budak sekolah dengan pasangan masing-masing.
Cadangan ini bukan untuk mengenepikan apatah lagi tidak sama sekali berniat untuk melihat hukuman seperti ini diringankan terhadap pesalah tetapi memperincikan lagi hukuman kepada pihak yang patut dihukum.
Kadang-kadang mereka sedap bersama dan dibuat dengan rela hati, tetapi hukuman hanya di sebelah pihak sahaja. Undang-undang hari ini menentukan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan gadis (18 tahun ke bawah) walaupun dengan kerelaan gadis tersebut, tetapi ia dikategorikan sebagai rogol.
Si lelaki kena hukum di bawah peruntukan undang-undang yang sediada mungkin dipenjara atau disebat manakala si gadis terlepas dari hukuman. Perlu diingat, orang-orang tua pernah berkata :
"Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi"
Sekarang ini banyak kes rogol seperti yang didakwa bukannya kes rogol pun tetapi lebih kepada kes seks bawah umur (suka sama suka). Tetapi disebabkan takut perbuatan diketahui ibu bapa gadis tersebut, mulalah buat cerita kononnya dia telah diperkosa. Sekarang ini dunia dah banyak berubah, persekitaran sekarang tidak seperti dulu.
Dengan dunia tanpa sempadan, pusat-pusat hiburan yang bersepah di merata tempat, pengaruh rancangan yang dipaparkan di kaca televisyen merupakan antara penyumbang sehingga berlakunya lambakan seks bawah umur, seks budak sekolah . Budak-budak sekarang ini, sudah tidak kisah tentang halal haram. Yang penting…..SEDAP.
P/S : Janganlah seks budak sekolah ini ikut cara Amerika Syarikat. Apabila peguam menyoal gadis bawah umur " do you enjoy it?", kemudian perempuan itu mengatakan "yes". Habis cerita…… Maka gugur kes rogol walaupun dia dipaksa dan dirogol. Harap-harap dijauhkan sehingga begitu sekali.
TC: Adakah Undang-undang ini perlu disemak semula?
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment