Saturday, April 30, 2011

PANAZ.. PAS MEMANG SESAT DARI TAHUN 1978..

Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".

Ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah menjadi kafir. Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan.

Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorana ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada majlis tersebut tidak diterima. Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya untuk UMNO.

Walaupun PAS bersama memerintah dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara (1974-1977) hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS. Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu.

Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan seperti yang dituntut oteh Allah s.w.t.; PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC