Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, February 19, 2014

Pesawat terhempas, Timbalan Setiausaha Agung Pas Penyebar Fitnah





Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

 Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian. Malah ada juga yang mula sedih dan risau, kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin  menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kuala Lumpur.

Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ternyata berita mengenainya adalah FITNAH dan PALSU. Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.

Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya semalam yang kemudiannya turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.

Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.

Paling menarik, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan berita FITNAH dan PALSU itu. Menyedari akan kesilapan yang dilakukan  itu Nurul segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.

Namun apa yang dikesalkan ialah, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan maaf dari Adun Pas itu. Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.

Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan ia mungkin tidak perlu dipersoalkan. Namun apabila ia disebarkan oleh mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.

Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Paling mengecewakan apabila, ini bukanlah kali pertama Syed Azman menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Pada 16 Mei tahun lepas, dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku. Malah Adun Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas.


Sent from my iPhone
Sent from my iPhone

Tuesday, February 18, 2014

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI PENANG..



Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini. Apakah Karpal Singah akan bernasib baik untuk kali keempat?

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

"Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

"Saya tidak pernah menyesal," peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman "tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh."

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Hujah pembelaan Karpal adalah beliau hanya memberikan pandangan undang-undang dan tidak memberikan ancaman kepada Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

"Jelas pertuduhan ini serius, akan tetapi kami akan mengemukakan hujah pembelaan terbaik untuk memastikan kes ini diketepikan," kata peguam itu yang dibantu empat orang anaknya.

Semasa memberikan hujah pembelaan bulan lalu, Gobind mengatakan Karpal tidak mempersoalkan hak Sultan untuk melantik menteri besar, tetapi mengatakan Sultan hanya boleh berbuat demikian jika terdapat kekosongan jawatan tersebut.

"Undang-undang membenarkan Sultan disaman, dan atas sebab itu, Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993," kata Gobind.

Kumpulan pembelaan Karpal juga mengatakan dakwaan tersebut dilakukan dengan niat tidak baik kerana terdapat pihak lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan, tetapi tiada tindakan diambil.

Timbalan Pendakwaraya, Noorin Badaruddin mengatakan Karpal sudahpun mengungkapkan perkataan menghasut dan tidak relevan bagi pihak pendakwa untuk membuktikan niatnya.

"Beliau mempersoalkan hak prerogatif Sultan mengikut Perlembagaan," katanya, dan menambah kenyataan tersebut dikeluarkan semasa ketegangan krisis politik.

Katanya, ucapan Karpal mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap Sultan.

Karpal pertama kali dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Jun 2010.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengarahkan Karpal untuk membuat pembelaan selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.

Kumpulan peguam pengerusi DAP itu dijangka akan cuba meringankan hukuman.

Hakim Azman Abdullah boleh mengenakan denda kurang daripada RM2,000 jika Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah, agar beliau dapat terus kekal sebagai ahli politik.

Ini pernah berlaku kepada bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang didenda RM,1800 selepas didapati bersalah dalam kes rasuah.

Karpal mempunyai dua lagi pusingan untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, jika didapati bersalah sehingga menyebabkannya hilang kerusi Parlimen.

Namun, ramai penyokongnya mengharapkan Karpal, yang digelar Harimau Jelutong, akan bernasib baik untuk kali keempat.

Karpal pernah didakwa sebanyak tiga kali pada masa lalu, tetapi tidak pernah menyebabkan beliau hilang kerusi.

Beliau tiada di Parlimen hanya pada 1999, apabila kalah pilihan raya dan apabila digantung daripada menghadiri sidang.




Thursday, November 28, 2013

#Redbeanarmy JANGAN RISAU, PENYOKONG KITA TOLOL.




Hahahaha..amik kau lahabau pengikut pakatan..padan muka korang..kan dah kena tipu..dah tau pakatan tu penipu masih juga bak percaya..nak juga kena tipu? Sekarang.

Sumber....

Thursday, November 21, 2013

Video Aksi Panas Ramas Punggung. Mana Nilai Insan, Kenapa Tiada yg Melaporkan.

Sunday, November 17, 2013

HOT - Payudara Pelakon Nabila Di Pertikai..




payudara-nabila






Pelakon Nabila Huda dilihat sebagai ikon fesyen tempatan apabila selalu tampil dengan gaya urban dan kena dengan peredaran zaman sekarang, namun tak semua yang gemar cara dia berpakaian kerana ada yang menganggap ianya terlalu seksi dan tidak sopan.

Malah, baru-baru ini sekeping foto seksi yang mendedahkan sebahagian payudaranya di dalam laman Instgram telah dikritik oleh ramai pengikutnya di laman sosial tersebut.

Tidak silap , foto itu merupakan gambar ketika dia menjalani penggambaran filem Saloma yang mana dia turut memegang watak sebagai biduanita itu. Jadi baju yang dipakai adalah baju ketika era itu yang warna temanya juga nampak klasik.

Ramai pengikut di laman Instagram itu tidak setuju dan menegur cara berpakain Nabila dan dianggap seperti pakaian akhir zaman dan tak kurang juga yang menyebut hukumnya dalam Islam dan sebagainya, menurut sumber airkosong.com.

Namun, tidak semua yang mengkritiknya itu,malah ramai juga yang memuji kecantikan Nabila dalam foto tersebut apabila nampak klasik dan cantik. Malah ada juga beritahu gayanya tak ubah seperti Saloma sebenar.

Sumber mymassa blogspot



Saturday, November 16, 2013

Petualang Negara??? Anak Anwar Ibrahim Bahayakan Nyawa Agen Perisikan Malaysia di London!!!





Setiap negara mempunyai agensi perisikan ala MI6, CIA, Mossad dan lain2 demi untuk kepentingan negara.

Bagaimana boleh seorang yang masih mentah, seorang YB yang "tak cukup masak" seperti Nurul Izzah boleh mengetahuinya rahasia besar negara?

Jawapannya besar kemungkinan kerana telah dibocorkan oleh seorang yang pernah menduduki kepimpinan tinggi negara seperti Anwar ibrahim.

Samada dakwaan beliau benar atau tidak, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal-pasti siapa yang telah melakukan kesalahan kerana menghebahkan rahasia negara.

Suatu dakwaan yang boleh mengeruhkan hubungan negara dengan kerajaan Britain malah jika dakwaan tersebut benar ianya juga boleh mengancam keselamatan dan nyawa anggota2 perisikan negara yang sedang menjalankan operasi.

Sumber klik Bumiyang blospot

Friday, November 15, 2013

DAH BERTUDUNG TAPI HATI BUSUK MACAM BANGKAI @AbbyAbadi_112

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC