Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 29, 2013

GEMPAR - BETAPA TAKSUBNYA PUAK PAS NI TERHADAP 'TUHAN'NYA!!!

SALAH satu ajaran SYIAH yang dipraktikkan oleh penyokong puak PAS. Gambar sebesar alam diletakkan di surau tempat mereka bersolat mengadap Allah. Siapakah yang lebih mereka muliakan sebenarnya?

Rasa-rasa apa persamaan PAS dengan para penyokong Syiah berketuakan Ayatollah Khomeini yang dipuja-puja seperti juga Nik Aziz yang sekarang ini dilihat semakin melampau dipuja oleh puak mereka.

Penganut agama Islam Syiah kah mereka ini?

Copy paste dari sini: http://jawaber6.blogspot.com/2013/04/betapa-taksubnya-puak-pas-ni-terhadap.html?m=1



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

Sunday, April 28, 2013

HOT - Bilik Gerakan Pkr Tutup. Boikot Bermula.

Sumber mendedahkan Pkr Ampangan semakin tenat apabila 3 bilik gerakan Pkr telah ditutup. Salah satunya ialah bilik gerakan Pkr Gedong Lalang yang sebelum ini merupakan antara bilik gerakan Pkr yang paling aktif di Seremban.

Khabar terbaru Pkr terpaksa import jentera Teluk Kemang (orang Kamarul Baharin sendiri) untuk buka semula bilik gerakan Pkr Ampangan yang di tutup.

Antara faktor bilik gerakan Pkr Ampangan di tutup kerana jentera Pkr sendiri menyokong Haji Abu yang menjadi calon Barisan Nasional untuk DUN Ampangan. Malah kebanyakan ahli Pas di Ampangan juga semakin beralih arah kepada Haji Abu kerana peribadi Haji Abu itu sendiri amat disenangi semua pihak.

Faktor lain juga menyebut akar umbi Pkr terlalu sukar untuk menerima calon Pkr iaitu Kamarul Baharin yang merupakan salah seorang calon bidan terjun.

Pas pula dilihat semakin sukar memberikan kerjasama untuk memenangkan calon Pkr Ampangan kerana semakin hari semakin banyak bendera Pas versi hitam yang membawa maksud protes berkibaran di sekitar Ampangan.

Selanjutnya di http://paneh.blogspot.com/2013/04/bilik-gerakan-pkr-tutup.html?m=1



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

#PRU13 VIDEO HOT - JENICE LEE KLIMAKS AWAL. PEMUDA DAP HANTAR.........

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai. 

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk. 

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee. 

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan? 

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai. Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. 

Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena. Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa. 

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan. 

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti. Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja. 

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.

Kredit to: flying kick



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

HOT - Bilik Gerakan Pkr Tutup. Boikot Bermula.

Sumber mendedahkan Pkr Ampangan semakin tenat apabila 3 bilik gerakan Pkr telah ditutup. Salah satunya ialah bilik gerakan Pkr Gedong Lalang yang sebelum ini merupakan antara bilik gerakan Pkr yang paling aktif di Seremban.

Khabar terbaru Pkr terpaksa import jentera Teluk Kemang (orang Kamarul Baharin sendiri) untuk buka semula bilik gerakan Pkr Ampangan yang di tutup.

Antara faktor bilik gerakan Pkr Ampangan di tutup kerana jentera Pkr sendiri menyokong Haji Abu yang menjadi calon Barisan Nasional untuk DUN Ampangan. Malah kebanyakan ahli Pas di Ampangan juga semakin beralih arah kepada Haji Abu kerana peribadi Haji Abu itu sendiri amat disenangi semua pihak.

Faktor lain juga menyebut akar umbi Pkr terlalu sukar untuk menerima calon Pkr iaitu Kamarul Baharin yang merupakan salah seorang calon bidan terjun.

Pas pula dilihat semakin sukar memberikan kerjasama untuk memenangkan calon Pkr Ampangan kerana semakin hari semakin banyak bendera Pas versi hitam yang membawa maksud protes berkibaran di sekitar Ampangan.

Selanjutnya di http://paneh.blogspot.com/2013/04/bilik-gerakan-pkr-tutup.html?m=1



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

HOT - Pemimpin DAP Kata Pas Tak Layak Dapat Undi Bukan Muslim

Apa dah jadi wehhhhh ???

Makin dekat hari mengundi mereka makin bergolak nampaknya....

.................................................................................................................................

JOHOR BHARU: Pemimpin nombor dua DAP Johor menggesa rakyat di Johor tidak mengundi PAS kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez juga mendesak DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang selagi PAS menganggotainya.

"Saya akhirnya telah memutuskan bahawa PAS tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa," kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pimpinan tertinggi PAS-DAP berganding bahu untuk menawan Johor dalam cubaan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Kedua-dua parti itu meletakkan pemimpin kanan untuk bertanding di negeri itu, termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob.

Kemungkinan Hadi menjadi perdana menteri jika Pakatan menawan Putrajaya meresahkan pengundi Cina dan menjadi isu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Malah Kit Siang dipetik berkata semua pihak harus bimbang dengan kemungkinan sebegitu kerana katanya "kita tidak tahu apa yang akan dilakukan" oleh beliau kepada rakyat bukan Muslim.

Norman bagaimanapun, tidak membataskan isu itu kepada soal siapa akan menjadi perdana menteri tetapi membidas dasar-dasar PAS keseluruhannya.

Norman berkata, tindakan-tindakan yang diambil oleh PAS secara bersendirian dan keengganan menerima secara mutlak manifesto Pakatan Rakyat harus meyakinkan bukan Muslim bahaya memberikan undi kepada PAS.

"DAP mesti sedar bahawa PAS bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini," kata beliau.
 
Antara Pos


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

HOT - PAK MUS 'STOPA' NAK LAWAN SAMAN UMNO!!! Ye Ker Ni..

Mustafa Ali hari ini berkata beliau akan melawan saman yang dikemukakan Umno terhadapnya kerana didakwa memfitnah parti majoriti Melayu itu berhubung pengedaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya. 

Mustafa (gambar) yang lebih dikenali dengan nama "Cikgu Pa" itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan video berkenaan yang dimuat naik ke blog-blog di laman sosial, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

"Saman Umno saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zul dan Asmuni," katanya merujuk kepada Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan peguam yang mewakilinya untuk kes itu Asmuni Awi.

"Pasal video saya enggan mengulas lanjut. Kita lawan itu (saman) dulu. Kalau nak dengar lebih lanjut pergi ke ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini.

Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Mustafa pada 22 April lalu bersama-sama dengan peguamnya dan lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.

Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini.

Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah pada 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di media sosial sejak 11 April lalu.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

Tabiat Seks Punca Chandra Tinggalkan anuwar !! #TolakPR #Vote4BN #PG13

Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Chandra berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional: Pakatan Tak Sepakat-Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.

Pada 2010, sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks mendedahkan, Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatil Badru Tun Said Keruak berkata, beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang 'berpenyakit'.

Sehubungan itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.

Sepatutnya beliau berkata, Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu perlu meminta maaf kepada semua pihak.

''Saya ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya. Saya minta Anwar meminta maaf kerana beliau mempunyai 'penyakit'.

''Tidak guna kita bersubahat dengan individu sebegini. Saya juga kasihan terhadap apa yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?,'' ujarnya.

Sementara itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.

''Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra.

''Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,'' tegasnya.


Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

HOT VIDEO 18PL - PENTING...!! Tolong Sebaaarkan Kepada Semua Pengundi

Pembangkang sudah mula sedar mereka tidak mungkin mampu untuk memenangi Pilihanraya kali ini.....! Oleh sebab itu mereka kini sedang rancak merancang untuk menimbulkan suasana tegang sebaiknya sahaja mereka diumumkan tewas.

Dengan hari mengundi yang akan berlangsung tidak lama lagi, pembangkang kini giat mencipta momentum untuk mencetuskan huru-hara. Bukan sahaja mereka secara konsisten sekarang ini menyerang SPR yang didakwa mereka tidak bersih, malah mereka sudah bertindak lebih agresif lagi.

Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong pembangkang mula bertindak ganas di luar batasan demokrasi.

Tindakan mereka yang sudah mula menggunakan keganasan menunjukkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding. Mereka menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

Pembangkang telah menaja kumpulan pengganas politik di negara ini dengan membuat provokasi dan menimbulkan huru-hara. Provokasi ini dijangka akan terus berlarutan sehingga pilihan raya dan SPR akan dijadikan kambing hitam untuk meyakinkan rakyat mereka telah ditipu.

Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka. Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN dan UMNO.

Sikap taksub dan buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke Putrajaya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC