Tuesday, October 30, 2012

HANGAT BERAPI KAW - SEAT MB KELANTAN MULA DI REBUT..

Nik Aziz layak ke pimpin Pas hadapi PRU-13?

KOTA BHARU 29 Okt. - Tidak ada individu lain layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi Pas kerana Mursyidul Am Pas itu mempunyai pengalaman dan ketokohan memimpin parti tersebut menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi bayangan, kepimpinan Nik Abdul Aziz mungkin hanya diperlukan khusus untuk pilihan raya sahaja dan soal lain selepas itu seperti siapa akan menjadi Menteri Besar akan diuruskan kemudian.

"Soal sekarang ini ialah orang yang akan memimpin Pas dalam pilihan raya di Kelantan, kita bukan bercakap soal Menteri Besar, jadi setakat ini orang yang paling layak memimpin Pas dalam pilihan raya adalah Tok Guru (Nik Abdul Aziz) disebabkan pengalaman, ketokohan, kepimpinan dan penghormatan masyarakat kepada beliau.

Utusan Malaysia, 30 Oktober, 2012


p/s: Sememangnya aku bersetuju dengan artikel di atas. Nampaknya Nik Aziz sudah mula diberikan tugas2 khas khususnya untuk menghadapi PRU13 dan selepas ini kerusi MB Kelantan akan mula menjadi kerusi panas..Sudah pasti ada yang sudah mula melobi untuk jawatan itu..Biarlah Kelantan diterajui oleh seorang pemimpin yang benar2 memainkan peranannya sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya menyerahkan tugas memerintah negeri kepada pihak lain..Eloklah TG Nik Aziz menunmpukan kepada kesihatan dan kuliah agama sahaja
Kredit to - Bung Mukther FB


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

  1. ...setakat nak jadi MB Kelantan tu Abe Jak Selak pun layak.... "kerana yg tadbir negeri Kelantan bukannya MB tapi puak2 Exco yg bijak bistari"..kata YB Takiyuddin.

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC