Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, February 5, 2011

MAKAN TANGGUNG, BERAK CANGKUNG, KENCING TENGGONG.. WARGA MALAYSIA DI MESIR DI SUPPORT..


"Segalanya kerajaan tanggung, termasuk penginapan dan makan minum mereka di Jeddah. Kepada suara-suara sumbang, kita di sini bukan untuk mengaut keuntungan politik tetapi demi keselamatan rakyat kita.''

Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung tindakan sesetengah pihak menyebar berita palsu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung usaha kerajaan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah.

Berita palsu itu antara lain menyebut: "Jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Malaysia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.''

Jamil Khir menerangkan, segala kos membabitkan penerbangan membawa keluar rakyat Malaysia diusahakan kerajaan atas ihsan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Oleh itu, tidak timbul soal kita meminta bayaran itu ini. Di Jeddah, Arab Saudi pula, mereka ini ditempatkan di Madinatul Hujjaj iaitu pusat penginapan Tabung Haji.

"Tabung Haji sendiri menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyediakan penginapan serta makan minum sebelum mereka yang dipindahkan dibawa pulang ke tanah air. Itu pun, tambang untuk pulang ke Malaysia sedang kita aturkan.

"Jadi, tidak timbul soal kita mengenakan bayaran. Janganlah dengar berita daripada sumber-sumber yang tidak sah. Hubungi kami sendiri untuk kepastian,'' katanya ketika dihubungi di Kaherah hari ini.

Beliau mengulas mengenai fitnah yang disebarkan pihak bertanggungjawab menerusi SMS yang menyebabkan ada rakyat Malaysia khususnya pelajar yang enggan keluar dari Mesir kerana tidak mempunyai wang untuk pulang ke tanah air melalui Jeddah.

Jelas beliau, mengenai penginapan di Jeddah, ahli keluarga di tanah air tidak perlu risau kerana Tabung Haji memiliki pengalaman luas dalam menguruskan urusan berkenaan.

Mengenai kelewatan menerbangkan rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah, Jamil Khir berkata, situasi di negara itu ketika ini cukup kritikal dan menyukarkan mana-mana syarikat penerbangan mendarat di Mesir.

"Hendak mendapatkan hak mendarat pun sukar. Begitu juga hak mendarat di Jeddah. Ada lebih 11,000 pelajar kita di Mesir. Jadi bayangkan berapa banyak pesawat hendak digunakan untuk membawa mereka keluar?

"Kita bawa mereka ini ke Jeddah dahulu dan mereka telah pun diberikan visa waktu ketibaan (VOA). Oleh itu, jangan risau. Kerajaan sedang usahakan yang terbaik untuk rakyat kita di Mesir,'' tambahnya.

Sehingga kini, katanya, terdapat lebih 700 pelajar diterbangkan ke Jeddah dan menunggu penerbangan pulang ke tanah air.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mula menabur fitnah dan berita palsu terhadap apa yang diusahakan kerajaan di Mesir.

Tegas beliau, segala usaha membawa keluar rakyat Malaysia berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

''Saya minta, jangan mempolitikkan isu ini dan jangan sebar cerita mengarut,'' tambahnya yang masih berada di Kaherah.


TC: KERAJAAN BN MEMANG PRIHATIN... ADA PAHAM PAKATAN RONGGENG....

VIDEO PAS BIKIN LAWAK BODOH DI PETANG JUMAAT.. DEMO KONON..


Macam macam perangai puak ni. Berdemo sajalah kemampuan mereka. Selebihnya mengutuk kerajaan kononnya taknak tolong pelajar Malaysia. Padahal puak ni langsung takde apa iktiar nak bantu pelajar Malaysia. Hanya pakat lepaskan anak sendiri je lah. Itupun dah terjerit jerit meroyan macam anak mereka tak boleh balik langsung..





Tak faham betul la. Dah la tu, buat bantahan di kedutaan Amerika. Ada orang nak selesaikan masalah pun diorang nak marah ke?

Itu je yang pemimpin diorang mampu buat? Buat demo bantah campur tangan Amerika dalam krisis di Mesir?





TC: Ini yang dikatakan memperjuangkan rakyat dan mengamalkan amalan Islam yang tulen?Membela nasib rakyat konon. Mengabihkan masa rakyat pandai la. Ceit!!! Pigidah!!!










Friday, February 4, 2011

BENAR.. SEJAK 1977 RUPANYA PAS MEMECAHKAN PERPADUAN MELAYU DEMI KUASA..


Umno ditipu Pas 1977

Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9

Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak

terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan
puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat
dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat
penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat
Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih

kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO
dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang
telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita
semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini,
marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri
rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta
lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita
menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas
perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan
pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO

yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan
sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap
ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan
Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah
parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa
sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi

memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita
masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah
dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat
kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan,
membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan

usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan.
Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai
kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap

parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing.
Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin
bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting
sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan

masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan
daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak
dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia

ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat
dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling
gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori
gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh
supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin,
sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini

sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan
perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan
satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan

kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat
diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir
akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang
kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini
besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius
kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi

Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di
antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan
Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara
majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur
seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan
faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan
Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan

PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar
Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan
PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO
menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu
juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun
perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS

dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan
kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab
atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad
Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang
telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah.
Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan
dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak

disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang
telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa,
kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat
telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak
dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara

dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas.
Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu
undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah
pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa
menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam
jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh
Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira

siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan
ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah
keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah
sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan

telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan
masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan
sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan

NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali
kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan
darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan

kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana
kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan
Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan
negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang

telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah
faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat
PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di
Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu.

Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan
membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan
dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh
memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa
rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar

penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk
pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS
bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga
memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS
tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan

Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang.
Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin
parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua
tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan
Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah

diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan
perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti
parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana

ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung
tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh
kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya

kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi
perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi
nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui
dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti
bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak

yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala
tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas
sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan

rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita.
Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya
tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini.
Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar
menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah

bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula
bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS
menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana

menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan
kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan
kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh
membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah
mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai
kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya

bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba
pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan
mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang
terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri

Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh
mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini
dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan

Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita
terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai
hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk
pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang
lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk

pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan
PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita
sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17

Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat.
Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya

merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak
memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan
PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa
calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya
menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan

kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru
dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian
semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat
kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah

negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau
Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu

jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan
Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang
merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS

mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah
dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun
berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga

menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan
rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang
meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan

Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika
ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu
mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya
ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti

pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan
terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan
sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan

sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977,
Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara
majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar
disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak
menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal

kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti
dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup
berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur
sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini
telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti

anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai
sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara
atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya
dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin

parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan
musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan
yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan
berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah

menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara
terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk
pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah

mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis
tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya
terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang
terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan
perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah
diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan
Nasional.

memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS

selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat
terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan,

yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis
Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian,
jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan
sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5
Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan
Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS
daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua

parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan
Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat
khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang
akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian

UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh
Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan

pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan
Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu,
Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus

menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih
bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan
Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta
petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."


TUN HUSSEIN ONN.


PERDANA MENTERI MALAYSIA


19 DISEMBER 1977

TC : PENIPU RUPA NYA PAS NI.... PASNGOK...

Thursday, February 3, 2011

PANAZZZ.. ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan..

SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Ekoran tindakan Shuhaimi yang melabelkan Sultan Selangor sebagai EGO didalam blognya adalah satu cubaan menderhaka kepada Sultan. Tindakan Shuhaimi ini bukan saja tak boleh diterima, malah ia sewajarnya ditentang habis-habisan demi mempertahankan maruah serta kedaulatan Sultan Selangor.

Jangan dibiarkan mereka yg mencabut kesetiaan seperti mahluk di atas bebas. Islam tak pernah mengajar kita sewenang2 mencabut kesetiaan kepada pemimpin kecuali dlm hal2 maksiat. Mana ada maksiat dlm isu perlantikan setiausaha negeri ini. Kalau di zaman Rasullah golongan seperti ini dah kena warning dengan Khalid Al-walid. Dimana keislaman PAS dan pakatan di sini ?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BELUM APA-APA DAH FIGHT.. KECOH BLOGGER PAS SERANG PKR DAN SHAM AMK EKORAN CALON MERLIMAU..

Diberitakan sekarang kecoh bloggers pas dok serang PKR dan sham kapla AMK ekoran penentuan calon PRK DUN Merlimau.. Macam macam le dilondehkan satu persatu keaiban dalam seluaq PKR didedahkan.. DAP pulak dok tunggu cucuk angin mana tau kot2 bleh le jadik calon gak.. Ahaks, ekekekekeke.. Berentap le hangpa yer..

Ikuti sebahagian keratan post bloggers pas yang dok balas PKR dan Sham ronggeng..



PAS telah terlalu banyak berkompromi. Terlalu banyak memberi ruang kepada PKR selama ini. Terlalu berlembut sedangkan PKR yang sedang menghadapi penyakit kronik dengan beberapa orang ahli parlimen dan DUN telah meninggalkan parti tidak pernah mahu membetulkan perjalanan parti mereka.

Di Merlimau, calon PAS lebih berpotensi. Sekalipun Ketua AMK merasakan dirinya hebat, tetapi beliau bukan anak tempatan Merlimau, dan telah diberikan peluang berkali-kali oleh PAS kerana ketamakannya untuk bertanding - tetapi tidak pernah pun menang malah kalah di kerusi yang pernah dimenangi PAS seperti Dungun.

Pada masa ini, PKR sepatutnya mengambil peluang membetulkan perjalanan parti mereka yang tercemar teruk akibat penipuan di dalam Pemilihan 2010, bukan untuk merebut kerusi PAS. Satu dunia telah tahu mengenai kepincangan perjalanan pemilihan PKR 2010tetapi belum ada langkah positif diambil oleh pucuk pimpinannya untuk mengatasinya.

Justeru itu, PAS dilihat lebih berpotensi dan lebih layak bertanding di DUN Merlimau.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

HINA ISLAM, FATWA TERBARU NICKO AJIS.. BESERTA PENERANGAN MEMBIDASNYA.. NAUZUBILLAH..



Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi


TC: RENUNG-RENUNGKANLAH......

Wednesday, February 2, 2011

NAUZUBILLAH.. NIK AZIZ KERAMAT TAHAP DEWA GABAN..


MACAM BIASA LAH TC, KERJA DAH ABIS KAT RUMAH RONDA RAONDA LER FB KAWAN2.. SEDANG SYOK MELAYAN KARENAH JUAK JUAK PAKATAN RONGGENG TETIBA TERJUMPA LER SATU POSTING YANG AMAT2 TERKEJUT TC DI BUAT NYA..

NIK AZIZ NI KERAMAT KEEEEE..

ASTAGFIRULLAH HAL AZIM.. MENGUCAP PANJANG TC..

POSTING DARI BICARA KELANTAN..



TC TOLONG BESARKAN YER, BAGI YANG TEROPONG MUDAH SIKIT..


Mesej yg dihantar ke inbox BK oleh seorang pengikut Nik Aziz. Nauzubillah... taasub nya kamu...

:saya hendak berkongsi cerita yang berlaku di kelantan yang diceritakan kepada saya oleh seorang kawan lama di kelantan.

cerita 1:
masa pilihanraya musim lalu, ada seorang hamba hamba Allah, yang benci sangat kepada nik aziz, lalu dicontengnya gambar poster pilihanraya nik aziz...dan dicarik2kan bahagian mata gambar tersebut! dengan kata2 celupar agar nik aziz jadi buta.. beberapa hari kemudian beliau dijangkiti satu penyakit di bahagian mata beserta bengkak.. puas berulang-alik ke klinik dan hospital. akhirnya mengadap tok guru nik aziz, minta maaf dan mengaku kesilapan. selepas minum air yang diberi tok guru nik aziz, alhamdulillah, beransur pulih.

cerita 2:
pernah sekali seorang (yang menyokong BN) pergi ke pejabat menteri untuk urusan(masa itu nik aziz jadi MB). dia selalu mengajuk dengan cara melurut janggut dan menunjukkan ke arah bilik tuan guru.. dengan mengeluarkan bunyi kambing mengembekkk sambil ketawa kepada kawannya.. dengan izin Allah, lelaki tersebut tiba2 jadi tabiat mengembek(selalu keluar suara macam kambing mengembek bila pulang ke rumah /macam kambing!!!). beliau sangat malu dan menemui tok guru , menceritakan perkara sebenar dan minta maaf, alhamdulillah akhirnya pulih.

so, saya ingin menasihati saudara jangan sedap mulut dan macam2 penghinaan kepada tok guru nik aziz seperti dalam fb (bicara kelantan), kerana saya yakin beliau adalah orang mulia dan karromah.. minta ampun dgn tuhan segera dan bertaubat. sbenci manapun anda kpd beliau, jangan lupa, di kelantan, beliau seorang yang kuat beribadah, banyak mengajar agama disana-sini, terutama pagi jumaat di bandar KB. saya pernah datang, ramai yang datang dari negeri luar utk sama2 mendengar ajaran agama.

kecuali jika saudara hendak cuba kekuasaan Allah, boleh lah cuba jawab macam2 kepada saya dengan penghinaan terhadap nik aziz!!! contohnya dengan mengatakan nik aziz "GILA"!!!! spt yang saudara komen dalam fb/post bicara kelantan... ucap banyak2 bahawa nik aziz gila,tolol atau mereng... tulis banyak2 bahawa nik aziz badigol. kambing tua, tua kutuk...dan apa2 yang buruk!!! saya berani cabar!!! dan lihat apa bala musibah yang bakal saudara perolehi!!!
AWAS!!! istirgfar banyak2 semoga Allah mengampuni saudara dan saya, insyallah.
terima kasih. wassalam sahabat seislam.


NAUZUBILLAH.. SAMPAI MACAM TU SKALI TAKSUB DAN TAKABBUR NYER JUAK JUAK PAKATAN SESAT NIE..

TC; FIKIR FIKIRKAN LAH...........

Tuesday, February 1, 2011

PANAZZZ.. BLOGGER PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MOHON MAAF ATAS FITNAH SAIFUL BUKHARI..

PAHANG DAILY ONLINE (PDO) @ BLOGGER CUCU MAT KILAU KANAN SEKALI


AIDCNews – 31/01/11 – Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”.

Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini

Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.

“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.

Blog itu juga memohon maaf secara terbuka kepada individu yang pernah difitnah sebelum ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengambil sikap berkecuali dalam kes perbicaraan liwat Anwar, sedangkan sebelum ini, blog ini mengambil sikap berpihak kepada Anwar.


“Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.

“Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya.

“Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua“, katanya lagi.

Menurut blog itu penarikan balik enam artikel fitnah dan permohonan maaf secara terbuka kepada Saiful dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak tetapi di atas prinsip ‘yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah’


“Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing.

“Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini.

“Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi “millage” kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah”, katanya lagi

Cucu Mat Kilau : Dulu cium muka Anwar, sekarang mahu ludah…

CREADIT TO: PANGLIMA PERANG CYBER......

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC