Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, February 23, 2011

WASPADA.. RAMAI MELAYU ISLAM SYIRIK.. Nauzubillah.. SEBARKAN..

Jangan Tunjuk Peace kerana...


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda "v" mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda "Law of Fives" (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud 'Nail' (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.

Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist).

Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

TC: SEBARKAN..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 22, 2011

TPM UMUM CALON KERDAU.. AISEH KETAYAP DENGAN KEMEJA BURUK JE.. CAYALAHHH..



Teka-teki mengenai calon yang akan mewakili BN di Kerdau terjawab sudah. Anak tempatan, berjawatan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau sebentar tadi.

Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin memberitahu kredibiliti calon, Syed Ibrahim, beri harapan yang cerah untuk BN mengekalkan kerusi DUN tersebut.

Beliau juga berharap 54 peratus pengundi Kerdau yang merupakan ahli UMNO menunjukkan sokongan padu kepada parti dengan keluar beramai-ramai 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil Kerdau perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Dewan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung, 12 Februari lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim dan kawasan berkenaan mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, enam peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Monday, February 21, 2011

SOALAN2 MAUT UNTUK PAS.. SUNGGUH BERGUNA UNTUK NGANGA KAN DEPA.. Kui kui kui..

Soalan untuk PAS ini memungkin terkangkangnya juak2 PASNGOK untuk menjawabnya.. Tak boleh jawab punya lahhhh.. TC berani potong kuku TC.. Ekekekeke.. Tak percaya, cuba korang tanya soalan2 dibawah ni..
 
1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?
 
2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?
 
3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian 'Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009' walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?
 
4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan'?
 
5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?

TC: APA MACAM.. ADA BRANI PASNGOK.. Huahahahahaha...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, February 20, 2011

BONGKAR.. HALATUJU DAP SEBENAR.. KIMAK DEPA NEH..

Sejarah Ringkas DAP
 
 
" Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.". (PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967).

Pada Ogos 1966, "Lidah Rasmi" Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland (SI juga diwakili oleh parti2 dari negara Israel). 
 
Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.
 
Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.
 
DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik dan sekular.
 
Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA "Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil" demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.
 
Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam"..

TC: Pelik sangat2 dengan PASNGOK, dah nyata DAPig tolak negara Islam.. Bingai ka Bongok PAS ni..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LAGI NIK AZIZ DI BALUN.. KALI INI DARI...


Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ‘‘Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),’’ katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...

Saturday, February 19, 2011

UMNO RACIST!!!!! 17 DARI 20 ORANG KAYA DI M'SIA ADALAH MELAYU.. CEHHHHH..


Senarai orang terkaya di malaysia


Majalah perniagaan Malaysian Bussiness terbitan hari ini (16 Februari 2011) sekali lagi mendedahkan senarai terkini 40 individu terkaya di Malaysia (Malaysia’s 40 richest people). Seperti kajian sebelumnya, senarai terbaharu ini juga diperoleh berdasarkan penilaian ke atas pegangan individu terbabit dalam syarikat tersenarai. Bagaimanapun untuk blog ini, saya hanya menyenaraikan 20 daripada 40 individu terkaya yang dimaksudkan. Untuk mengetahui keseluruhan 40 senarai taikun terkaya di Malaysia dan butiran kekayaan mereka, kenalah baca daripada majalah tersebut.

Individu terkaya di Malaysia pada kedudukan 1 – 20 ialah:

  1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
  10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
  11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
  12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
  13. Datuk Lee Yeow Chor
  14. Lee Yeow Seng
  15. Datuk Seri Lee Oi Hian
  16. Datuk Lee Hau Hian
  17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
  18. Tan Sri Lau Cho Kun
  19. Datuk Mokhzani Mahathir
  20. Tan Sri Jeffrey Cheah
Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion. Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

TC: MACAM NI RACIST LAGI KA MELAYU.. HUHUHU 3 ORANG JE LAAAA...

LATEST.. USTAZ DERIS BALUN NIK AZIZ LAGI.. HAHAHAHAHA..


KOTA BHARU 18 Feb. - Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO menolak Islam, merupakan bukti beliau telah mengkafirkan orang UMNO.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, sungguhpun tidak ada perkataan kafir dalam kenyataan itu, tetapi ia jelas menggambarkan keadaan tersebut.

"Tuduhan UMNO tolak Islam bukti kafirkan orang UMNO. Apa erti tolak Islam, minta Nik Abdul Aziz perjelaskan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mempersoalkan apa bukti beliau mengkafirkan orang UMNO.

Nik Abdul Aziz turut berkata, hasil hubungan akrab Pas dengan DAP, serangan parti itu terhadap Islam telah berubah.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam kepada MCA dan DAP macam mana," katanya.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat.

Dr. Mahathir berkata, Nik Abduk Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut kenyataan Nik Abdul Aziz, Mohd. Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat berkata, Menteri Besar Kelantan itu patut bertaubat kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini mengenai UMNO dan orang Melayu yang didakwa menolak Islam merupakan satu fitnah dan ia tersebar ke seluruh dunia.

"Orang Melayu di seluruh dunia sewajarnya berasa 'pedih' dengan kenyataan Mursyidul Am Pas itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta pihak berkenaan meneliti semula gelaran tok guru yang diberikan kepada Nik Abdul Aziz kerana ia tidak menggambarkan personaliti Mursyidul Am Pas itu.

Mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz slogan 'Membangun Bersama Islam' Pas boleh diubah berikutan masih wujud kegiatan pelacuran dan perjudian di negeri ini, Mohd. Noor berkata, ia menunjukkan pemimpin Pas tersebut tidak istiqamah dalam perjuangannya.

"Bila pemimpin tidak istiqamah dan was-was, ini bererti dasar perjuangan Pas tidak istiqamah," katanya.

TERBARU.. NIK AZIZ DI CABAR LAGI.. MANA DIA BERANI BRO...



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu disifatkan sebagai amat meragukan.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, ini kerana kerjasama Pas dengan DAP dilihat lebih berkepentingan politik daripada keutamaan 'memperkenalkan' Islam.

Lagipun katanya, DAP telah wujud sejak berpuluh tahun lalu di negara ini dan parti itu sepatutnya telah memahami Islam memandangkan ia merupakan agama rasmi di Malaysia.

Justeru, katanya, Nik Abdul Aziz dicabar supaya mengemukakan bukti serta pelan perancangan parti tersebut dalam memperkenalkan Islam kepada DAP seperti yang diakui Menteri Besar Kelantan itu.

"Jika benar seperti apa yang didakwa Nik Aziz, JMM tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan menyertai Pas dalam wadah memperkenalkan Islam kepada DAP, saya mahu lihat pelan perancangan beliau (Nik Abdul Aziz) dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu di Kota Bharu semalam.

Kenyataan menteri besar itu merupakan susulan daripada percakarannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, yang antaranya mempersoalkan tentang kewajaran Pas bekerjasama dengan DAP.

Menurut Nik Abdul Aziz, hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Tengku Amalluddin kemudiannya secara sinis menambah, Pas diminta supaya 'memperkenalkan' Islam kepada DAP secara penuh berhemah supaya agama itu terus dihormati.

"Jangan sampai (Pengerusi DAP) Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dahulu' jika mahu mendekatkan Islam kepada DAP," tegasnya.

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC